Skip to Main Content
MAGGI® Malaysia
MAGGI® Malaysia
  • Resipi
  • Aktiviti
  • MAGGI®
  • Produk
  • MyMenu Plan
  • Cari
  • Log masuk
  • Tentang Kami
  • Dari Dapur Kami
  • Memupuk Generasi Muda
  • Idea Masakan 7 Hari MAGGI®
  • Masak-masak bersama Selebriti MAGGI®
  • Tips Dapur
Sambal Telur Berlado

60 of 100
Seimbangkan hidangan anda
X
MyMenu IQ™
60 of 100
Sederhana
Hidangan anda seimbang

Seimbangkan hidangan anda

Hidangan sampingan
Tambah
Pencuci mulut
Tambah
Lihat Kombinasi Resipi
Nikmati hidangan anda!
Back

Ingin tahu lebih mengenai MyMenu IQ™?

Apakah maksud hidangan seimbang?

Hidangan seimbang terdiri daripada pelbagai kumpulan makanan dan nutrien penting.

MyMenu IQ™ memberikan skor nutrisi berdasarkan kandungan tenaga & nutrien dalam hidangan dan sumbangan dalam membantu mencapai saranan keperluan nutrisi harian dewasa 2000kcal/hari.

MyMenu IQ ™ membantu anda memilih menu seimbang pada skala dari 0 hingga 100, dengan fokus pada hidangan utama.

Apakah maksud skor MyMenu IQ™?
Tingkatkan keseimbangan hidangan anda (0 - 44)
Tingkatkan kesimbangan nutrisi menu ini untuk membantu anda mencapai saranan keperluan nutrien.
Sederhana (45 - 69)
Menu ini adalah seimbang dan membekalkan kepelbagaian dari segi kumpulan makanan dan nutrien penting.
Seimbang (70 - 100)
Menu ini adalah seimbang dan membekalkan kepelbagaian dari segi kumpulan makanan dan nutrien penting.
Skor MyMenu IQ™ merujuk kepada skor untuk resipi digital seperti terkandung di dalam laman web. Maklumat komposisi pemakanan untuk bahan-bahan adalah berdasarkan sumber dari pangkalan data komposisi makanan seperti USDA SR28, BLS32, Komposisi Makanan Malaysia, Komposisi Makanan Singapura dan juga label makanan.

Apakah maksud pecahan kandungan tenaga?

Protein
8g / 15%
Pecahan kandungan tenaga menunjukkan jumlah makronutrien (iaitu karbohidrat, protein dan lemak) yang terkandung dalam satu hidangan dan sumbangan relatifnya (dalam%) terhadap jumlah kandungan tenaga hidangan.

Tips nutrisi

  • Pilihan Lebih Sihat
    Selain dari telur goreng, hidangan ini boleh menggunakan telur rebus
x
MyMenu IQ™

Sambal Telur Berlado

+

Sambal Telur Berlado

Kembali

Sambal Telur Berlado

(0)
15Min
Mudah
Tambah ke Pelan Menu Saya

Anda perlukan akaun untuk terusakn

Sila login atau daftar akaun

Telur adalah antara bahan ruji yang sering kali digunakan dalam menu masakan harian di Malaysia malah tidak kira lapisan masyarakat. Di Malaysia, telur sudah menjadi antara bahan asas atau wajib yang perlu ada dalam setiap jenis masakan atau sebagai lauk dalam hidangan harian untuk melengkapkan kelazatan juadah bila dinikmati bersama keluarga. Tambahan pula resipi masakan telur sahaja pada masa kini makin bertambah unik dan versatil kerana telah mempunyai pelbagai jenis resipi lauk pauk yang enak dan digemari oleh ramai rakyat Malaysia berbilang bangsa mahupun usia. Antaranya seperti Telur Asam, Telur Kicap, Kari Telur, Telur Bungkus, Telur Bistik dan pelbagai lagi jenis lauk telur yang menjadi kegemaran dan kemestian ada dalam satu juadah hidangan berbagai lapisan masyarakat di Malaysia. Lauk telur ni memang lazat bila di makan bersama nasi putih. Bayangkan perut tengah lapar, pekena pula nasi putih panas baru masak dan dimakan bersama Telur Berlado memang bangkit selara! Telur Berlado ni bertambah sempurna kerana rasa kepedasan yang memang menghangatkan deria rasa anda dan digabungkan dengan rasa lemak telur itu sendiri. Bagi para peminat masakan pedas pasti inginkan Telur Berlado setiap kali makan terutamanya makan bersama nasi putih. Telur Berlado memang sesuai dimakan bersama nasi, roti atau boleh ratah begitu saja sampai menjilat jari. Andai kata anda teringin nak makan Telur Berlado tapi tak tahu mana nak beli atau tak reti nak masak kerana tak tahu cara masakannya, ini resipi istimewa khas MAGGI® sediakan hanya untuk anda supaya terlunas hasrat tekak anda inginkan masakan pedas-pedas berlado. Resipi Sambal Telur Berlado kami beri ini mudah dan ringkas untuk anda sediakan, tapi anda hanya perlu pastikan bahan-bahan segar yang diperlukan untuk Telur Berlado sudah siap dibeli atau ada di dalam dapur anda. Antara bahan segar yang anda perlukan adalah bawang merah, bawang putih, cili padi, cili merah, serai, daun limau purut dan telur. Nak jadikan resipi ini lebih istimewa, gunakan MAGGI® CukupRasa™. Ia diperbuat daripada bahan segar seperti bawang merah, bawang putih dan rempah-ratus terpilih dengan berkualiti, hanya secubit dua ditaburkan ke dalam masakan Sambal Telur Berlado, pasti rasa Telur Berlado akan membangkitkan lagi selera anda dan seisi keluarga. Ikuti dan cubalah resipi ini sekarang juga, kongsikan bersama keluarga atau rakan-rakan dan nikmati kelazatan resipi Sambal Telur Berlado ini lebih-lebih lagi bersama MAGGI® CukupRasa™. Sekali dah cuba, keluarga mesti sukakannya. Jadi bertambah mudahlah menu masakan harian anda nanti, boleh menjadi lauk tambahan atau lauk utama dalam sajian masakan harian anda seisi keluarga.

Bahan-bahan

4

Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 4 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan:

ingredient_quantity
recipe ingredient
4  sudu besar
Minyak Masak
4 
Telur
2 
Bawang Merah
10  ulas
Bawang Putih
5  tangkai
Cili Merah
5  tangkai
Cili Padi
0.5  cawan
Air
1  batang
Serai
2  keping
Daun Limau Purut
2  sudu kecil
MAGGI® CukupRasa™
0.5  sudu kecil
Gula
Salinan

Tip dan petua

5 petua & tip terbaik kami untuk saiz bahagian yang disesuaikan.

Eksport bahan

Pilih dari senarai bahan bahan

Salinan
.

Nilai pemakanan

Tenaga
197.96 kcal
Protein
8.02 g
Karbohidrat
8.53 g
Lemak
14.93 g
Maklumat setiap hidangan

Langkah Penyediaan

15 Minit
  • Langkah 1

    4 Min
    Panaskan minyak masak, goreng telur sehingga garing.
  • Langkah 2

    3 Min
    Kisar kasar bawang merah, bawang putih, cili merah dan cili padi bersama air.
  • Langkah 3

    5 Min
    Dengan lebihan minyak menggoreng, tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan serai yang diketuk dan daun limau purut. Tumis sehingga naik bau dan pecah minyak.
  • Langkah 4

    3 Min
    Masukkan MAGGI CukupRasa dan gula. Gaul rata. Tuangkan diatas telur goreng. Sedia untuk dihidang.
Sambal Telur Berlado

Langkah 1 daripada 4

Panaskan minyak masak, goreng telur sehingga garing.

Sambal Telur Berlado

Langkah 2 daripada 4

Kisar kasar bawang merah, bawang putih, cili merah dan cili padi bersama air.

Sambal Telur Berlado

Langkah 3 daripada 4

Dengan lebihan minyak menggoreng, tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan serai yang diketuk dan daun limau purut. Tumis sehingga naik bau dan pecah minyak.

Sambal Telur Berlado

Langkah 4 daripada 4

Masukkan MAGGI CukupRasa dan gula. Gaul rata. Tuangkan diatas telur goreng. Sedia untuk dihidang.

Resipi dalam PDF

Share with friends

  • Facebook
  • Twitter
  • Pinterest
  • Whatsapp

Aktifkan video

Anda telah mengklik pautan pihak ketiga dan akan meninggalkan laman web maggi.ng. Perhatikan bahawa kami tidak mempunyai kawalan terhadap platform pihak ketiga tersebut dan tidak menyokong atau menerima tanggungjawab untuk mereka, termasuk kandungan, ketepatan atau fungsinya. Oleh itu, interaksi anda dengan platform terpaut ini adalah risiko anda sendiri. Kami tidak menerima tanggungjawab atau tanggungjawab untuk platform pihak ketiga tersebut dan terma dan syarat mereka. Baca lebih lanjut dalam Syarat Penggunaan kami di sini

Thank you for your rating!

Kami menantikan ulasan anda!

Anda sudah menilai resipi / produk ini

Klik pada bilangan bintang yang ingin anda berikan: semakin tinggi bilangannya, semakin baik penilaiannya.

Hantar

Komen 0

Please enter proper keywords 0/4000
Sila masukkan nama pengguna yang sah. Pastikan mengandungi 3-15 aksara. Aksara A hingga Z dan 0 hingga 9 dibenarkan.
Nama pengguna
Batal
Muat turun
Komen

Ketahui lebih lanjut

  • Asia
  • Bebas Babi
  • Dari kuali
  • Hari minggu
  • Hidangan utama
  • Hujung minggu
  • Kawan
  • Keluarga
  • Ketulenan
  • Makan malam
  • Makan tengah hari
  • Peti makan tengah hari dewasa
  • Tanpa kacang/kacang tanah
  • Tanpa kekacang
  • Telur
  • Yang lain

Untuk resipi yang lebih menarik

  • Paprik Ayam

    Paprik Ayam

    46 Min Mudah
  • MAGGI Telur Pedas Kari Mee Goreng 1-2-3

    MAGGI Telur Pedas Kari Mee Goreng 1-2-3

    9 Min Mudah
  • Kari Udang CukupRasa MAZZATON MIZA

    Kari Udang CukupRasa MAZZATON MIZA

    50 Min Sederhana
  • Tumisan Cendawan Beraneka

    Tumisan Cendawan Beraneka

    11 Min Mudah

  • Facebook
  • Youtube
  • Instagram
  • Hubungi kami
  • Privacy Policy
  • Terma dan syarat
  • MS
  • EN