Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
Dari Dapur Kami - Rempah Ratus "Gred A"

HANYA REMPAH-RATUS "GRED A"

Semangkuk mi MAGGI® yang lazat semestinya dihasilkan daripada rempah-ratus terbaik.

Kisah Kari Kegemaran Malaysia

Tak ramai tahu apakah yang menjadikan Mi MAGGI® cukup ikonik untuk Malaysia. Ikuti perkongsian Chef Sharifah tentang 12 rempah dan teknik penghasilan kari kegemaran kita.

Rempah-ratus terbaik

Gabungan Rempah-ratus dari serata dunia dan hanya yang terbaik digunakan.

Adunan Sempurna

Resipi turun-temurun adunan unik rempah-ratus yang dihasilkan chef kami yang pakar dengan masakan Malaysia.

- Biji Ketumbar - Harum dengan sentuhan sitrus dan kaya dengan Vitamin C
- Jintan Putih - Mempunyai rasa seperti kacang berempah. Bagus untuk penghadaman.
- Kunyit - Beraroma dan digunakan sebagai ubat herba.

Masak Sehingga Pecah Minyak

Kami mengikut cara penyediaan rempah seperti di rumah; dimasak hingga pecah minyak untuk menaikkan aroma dan rasa rempah-ratus dan cili.

Pengeringan Semula Jadi

Pes kari akan dibiarkan sejuk sebaik dimasak untuk dikeringkan secara sendiri tanpa perlu bahan pengawet tiruan.

Kisah Gandum Yang Terpilih Dalam Produk Maggi®

KISAH GANDUM TERPILIH

Setiap pengalaman bermakna bersama MAGGI® semestinya bermula dengan mi MAGGI®. Ia diperbuat daripada gandum terpilih dari Australia bagi menghasilkan sajian terbaik seisi keluarga.

Terpilih dari Australia

Dibuat hanya dari gandum Australia terbaik, untuk menghasilkan mi berkualiti yang lazat di makan. Dari Dapur Kami, Ke Dapur Anda.

Mi Lazat Daripada 2 Jenis Gandum

Gandum juga merupakan mi kami diperbuat daripada campuran gandum kasar Australia dan gandum putih premium Australia untuk tekstur dan kekenyalan mi yang diinginkan. Gandum merupakan sumber baik untuk protein yang diperlukan tubuh.

Mengekalkan Kebaikan

Bagi memastikan mi kami kekal, semua lembapan akan dinyahkan untuk segar sepanjang proses pembuatan, segala lembapan akan dihilangkan untuk mengelakkan mi rosak dan zat-zat dapat dikekalkan.

Produk Maggi® Malaysia Halal

BUKAN SEKADAR SIJIL HALAL

Bukan setakat pensijilan Halal, kami berpegang kepada prinsip halal dalam gaya hidup dan tunjang kepada proses pengilangan kami.

mf2b-cert-halal-standards_bmmf2b-cert-halal-assurance_bm

 

Menyajikan Hanya Yang Terbaik

Kami memastikan hanya bahan bahan yang terbaik dan berkualiti tinggi digunakan serta kawalan kualiti yang cukup ketat.

Kenali kami dengan lebih mendalam

.

Adakah lilin digunakan untuk mengelakkan mi daripada melekat?

Tidak. Tepung mi MAGGI® kami diperbuat 100% daripada gandum Australia yang dikukus, digoreng, disejuk dan dikeringkan. Langkah-langkah ini penting bagi memastikan tekstur mi dalam keadaan baik untuk disimpan lama selain mengelakkan daripada mi melekat.

.

Adakah kuantiti garam dalam paket mi MAGGI® selamat untuk dimakan?

Mi MAGGI® mematuhi peraturan keselamatan makanan antarabangsa serta tempatan dan selamat untuk dimakan.

.

Berapakah jumlah pengambilan mi dicadangkan untuk setiap hidangan?

Pengambilan yang dicadangkan berdasarkan keperluan pemakanan harian. Secara purata, semangkuk mi MAGGI® dengan bahan-bahan segar menyumbang 20% daripada keperluan kalori harian dewasa (2,000 kcal). Sila rujuk fakta pemakanan pada label untuk maklumat lanjut berkaitan jumlah kalori produk MAGGI® tersebut.

.

Bagaimanakah mi MAGGI® dihasilkan?

Sebenarnya, cara kami hasilkannya tidak jauh berbeza daripada apa yang anda buat di dapur sendiri. Bezanya, kami menghasilkannya pada skala lebih besar.

Mula-mula, kami dapatkan gandum berkualiti dikisar segar dari Australia. Gandum ini diuli menjadi doh, kemudian digelek nipis sebelum dipotong kepada bentuk mi. Kemudian mi ini dikukus, digoreng, disejuk dan dikeringkan untuk kekal segar.

Perencah kari kami diperbuat daripada cili sebenar dan 12 rempah-ratus berkualiti tinggi. Adunan cili dan rempah ini dimasak hingga pecah minyak untuk menaikkan aroma dan rasa cili serta rempah-ratus yang menjadi asas kepada rasa kari.
 

.

Adakah mi MAGGI® mengandungi khasiat?

Ya. Mi MAGGI® kami diperbuat daripada gandum Australia yang merupakan sumber protein yang baik. Perencah kami juga diperbuat daripada rempah-ratus sebenar. Kami menggalakkan anda untuk melengkapkan hidangan mi MAGGI® dengan sayur-sayuran segar dan sumber protein kesukaan anda untuk hidangan yang seimbang dan lebih nilai nutrisi.

Kami juga merupakan satu-satunya jenama mi segera di Malaysia yang menghasilkan MAGGI® Oatmee dengan kebaikan oat yang merupakan sumber serat yang bagus. Cubalah hari ini dan kongsikan pendapat anda!
 

.

Bolehkah saya makan mi MAGGI® setiap hari?

Tiada makanan yang lengkap dan mampu memberi anda semua khasiat yang diperlukan tubuh. Anda dicadangkan untuk mengamalkan keseimbangan dan makan pelbagai jenis makanan secara sederhana untuk mendapatkan kesemua khasiat yang tubuh perlukan.

.

Adakah mi MAGGI® mengandungi MSG?

Ya dan kami menggunakan MSG (penambah perisa yang dibernarkan oleh badan penguatkuasa makanan tempatan) dalam kuantiti yang kecil untuk perencah mi bagi mempertingkatkan rasa mi MAGGI kegemaran anda. MSG juga boleh didapati secara semulajadi dalam makanan seperti tomato, kacang pis, cendawan, malah juga keju.

.

Bolehkah saya makan mi MAGGI® sewaktu hamil?

Mi MAGGI® kami mematuhi peraturan keselamatan makanan antarabangsa dan tempatan dengan sepenuhnya dan selamat untuk dimakan. Sekiranya anda hamil dan mengalami isu kesihatan, kami menyarankan agar anda mendapatkan nasihat daripada pakar kesihatan atau pemakanan.