Ayam Pansuh Sarawak
76Min
Mencabar
Cubalah keenakan juadah tradisi Gawai Dayak ini di rumah!
.
Nilai pemakanan
Tenaga
168.24 kcal
Karbohidrat
2.83 g
Protein
29.96 g
Lemak
3.55 g
Maklumat setiap hidangan
Langkah Penyediaan
76 Minit
Langkah 1
30 Min
Sebelum bahan-bahan disediakan, penuhkan buluh dengan air, biarkan selama 30 minit hingga 1 jam untuk mencuci di bahagian dalam dan membantu untuk memudahkan air untuk meresap.
Langkah 2
5 Min
Kemudian, masukkan ayam dalam mangkuk bersama halia, bawang putih, lengkuas, serai, tepus, daun kesum, MAGGI® CukupRasa™ dan separuh daun ubi kayu.
Langkah 3
5 Min
Juadah ini perlu dimasak di atas dapur api terbuka.
Langkah 4
3 Min
Keluarkan air daripada buluh dan masukkan bahan-bahan tadi ke dalam buluh.
Langkah 5
2 Min
Lepas semua bahan tersebut telah dimasukkan, letakkan baki daun ubi kayu di atasnya.
Langkah 6
30 Min
Biarkan selama sekurang-kurangnya 30 minit untuk pastikan ayam masak sepenuhnya. Apabila air mulai membuak di atas permukaan, maka ayam pun telah masak.
Langkah 7
1 Min
Cabut daun ubi kayu daripada permukaan buluh dan tuangkan jusnya ke dalam mangkuk. Kemudian, belah bulu untuk mengeluarkan ayam. Susun di atas pinggan dengan sup.
Komen 0