Kembung “Singgang” 3 Langkah
26Min
Mudah
Masakan berkuah sup klasik daripada pantai timur Malaysia
.
Nilai pemakanan
Tenaga
106.13 kcal
Karbohidrat
4.39 g
Protein
17 g
Lemak
1.98 g
Maklumat setiap hidangan
Langkah Penyediaan
26 Minit
Langkah 1
5 Min
Masukkan air ke dalam periuk, tambahkan cili merah, cili padi, kunyit hidup dan halia. Didihkan.
Langkah 2
10 Min
Kemudian, masukkan asam keping, serai, lengkuas, daun laksa dan Stok Kiub Ikan Bilis MAGGI® dan biarkan ia mereneh seketika.
Langkah 3
10 Min
Akhirnya, masukkan ikan dan biarkan ia masak. Hiaskan dengan hirisan cili ketika menghidang.
Langkah 4
1 Min
Anda boleh pilih untuk makan dengan nasi kukus atau nasi putih biasa mengikut kesukaan anda.
Komen 0