Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.

Bangkitkan Rasasegalanya tentang

 

tablebe a smart cookketahui lebih lanjut

 

.

Kukus

steaming

Kenapa Pilih Mengukus?

Mengukus adalah teknik yang biasanya melibatkan air mendidih untuk memasak.

  • Mengukus sekadar memerlukan air dan haba
  • Tidak memerlukan minyak atau lemak, justeru kurang kalori
  • Mengekalkan rasa, warna, bentuk, tekstur dan zat makanan
  • Makanan dimasak turut masak dalam jusnya sendiri

Bahan-Bahan Sesuai Dimasak Secara Kukus

  • Sayur-sayuran seperti lobak merah, asparagus, brokoli, kubis bunga dan kubis
  • Ikan dan kerang-kerangan
  • Ladu (dumpling) berintikan sayuran atau daging pejal

Petua Mengukus

  • Hanya letakkan makanan dalam pengukus apabila air mendidih
  • Mengukus terlalu lama akan mengakibatkan tekstur makanan rosak dan hilang zat.
  • Untuk mengukus seekor ikan, anda digalakkan mengukusnya selama 10-15 minit; sayur-sayuran selama 3-5 minit.
.

Panggang

Grilling

Kenapa Pilih Memanggang?

Memanggang adalah teknik memasak makanan di atas sumber haba, biasanya arang, kayu, gas atau pemanggang elektrik yang dipisahkan dengan jejaring atau alas besi.

  • Mempertingkatkan rasa makanan
  • Kurang berminyak
  • Mengurangkan kadar kehilangan zat

Bahan-Bahan Sesuai Dimasak Secara Panggang

  • Daging tanpa lemak dan lembut seperti stik daging lembu dan cop biri-biri
  • Dada dan paha ayam tanpa kulit, kebab, sosej
  • Potongan/ketulan sayuran seperti terung, lada benggala dan tomato

Petua Memanggang

  • Elakkan dari memanggang terlalu lama, bahagian yang hangus adalah tidak menyihatkan.
  • Perap dengan betik atau nenas untuk melembutkan daging.
.

Gelombang Mikro

microwaving

Kenapa Pilih Gelombang Mikro?

Ketuhar gelombang mikro berfungsi dengan menggetarkan molekul air dalam makanan, yang menyebabkan makanan menjadi panas dan dimasak dengan cepat.

  • Tidak memerlukan minyak
  • Bagus untuk mengekalkan vitamin c dan zat-zat lain
  • Makanan dimasak sekata, rasa dan tekstur makanan terjaga

Bahan-Bahan Sesuai Dimasak Secara Gelombang Mikro

  • Telur
  • Sayur-sayuran seperti kentang dan brokoli, ikan dan daging
  • Pasta, mi, nasi

Petua Memasak Dengan Gelombang Mikro

  • Kacau makanan bagi memastikan haba disebarkan sama rata
  • Bagi membantu penyebaran haba, tambahkan satu hingga dua sudu air
.

Goreng Kilas

stir frying

Kenapa Pilih Menggoreng Kilas?

Goreng kilas adalah teknik menggoreng makanan bersaiz kecil dengan pantas menggunakan haba yang sangat tinggi di dalam kuali berminyak.

  • Menggunakan sedikit minyak
  • Disebabkan dimasak pantas, zat makanan dapat dikekalkan
  • Rasa, warna dan tekstur makanan turut dikekalkan

Bahan-Bahan Sesuai Dimasak Secara Goreng Kilas

  • Daging tanpa lemak dan lembut; udang, sotong atau ikan isi putih
  • Sayur-sayuran yang dipotong kecil
  • Nasi dan mi

Petua Memasak Dengan Tumis Goreng

  • Penggunaan minyak diminimumkan
  • Masukkan dahulu sayur yang mengambil masa lama untuk masak. Contohnya, batang sayur dimasukkan dahulu sebelum daunnya
  • Elakkan daripada sayur terlebih masak dengan mencelurnya terlebih dahulu sebelum digoreng kilas
  • Untuk menggoreng kilas ayam, potong daging kecil-kecil untuk memastikannya masak menyeluruh
.

Carak

poaching

Kenapa Pilih Mencarak?

Mencarak adalah teknik memasak yang menggunakan sedikit cecair yang panas tetapi tidak mendidih. Suhuhnya adalah sekitar antara 160°F dan 180°F (75°C - 80°C).

  • Tidak memerlukan minyak
  • Rasa akan menyerap masuk ke dalam makanan melalui cecair yang diperasakan
  • Cara yang lebih baik mengekalkan asid lemak omega-3 dalam ikan

Bahan-Bahan Sesuai Dimasak Secara Mencarak

  • Telur
  • Ayam dan ikan
  • Buah-buahan seperti pear dan epal

Petua Memasak Dengan Mencarak

  • Gunakan thermometer untuk mengagak suhu cecair digunakan untuk memasak atau perhatikan jika mendidih dan sesuaikan suhu jika perlu
  • Elakkan daripada makanan menyentuh permukaan bekas memasak atau berisiko menjadikannya masak terlalu cepat dan hangus
.

Mentah

raw

Kenapa Pilih Makan Secara Mentah?

Seperti namanya, ia merujuk kepada makanan yang tidak dimasak atau mentah.

  • Tidak memerlukan minyak
  • Tiada zat hilang
  • Memperhebatkan rasa kepada makanan yang dimasak, seperti menambah bawang mentah kepada hidangan yang siap dimasak

Bahan-Bahan Sesuai Dimakan Mentah

  • Sayur-sayuran seperti timun, tomato dan bawang mentah

Petua Memakan Makanan Mentah

  • Sayur-sayuran mempunyai kandungan Vitamin C terbanyak apabila dinikmati mentah.
  • Kebanyakan sayur adalah dimakan mentah, menjadikan anda memakan lebih vitamin, mineral dan serat serta tiada gula atau lemak.

cook smart

 

be a smart cookbe a smart cook

 

cook smartcook smartimg

 

group 421