Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
Skip to Main Content
MAGGI® Malaysia
MAGGI® Malaysia
  • Resipi Resipi
  • Aktiviti Aktiviti
  • MAGGI® MAGGI®
  • Produk Produk
  • MyMenu Plan MyMenu Plan
  • Lagi Lagi
  • MAGGI®
  • Dari Dapur Kami
  • Memupuk Generasi Muda
  • Idea Masakan 7 Hari MAGGI®
  • Tips Dapur
  • Lagi
  • Cari
  • Log masuk
MAGGI® Malaysia
  • Resipi
  • Aktiviti
  • MAGGI®
    • MAGGI®
    • About Us
  • Produk
  • MyMenu Plan
  • Lagi
    • Lagi
    • Log masuk
daging-banner-min

Tips Lembutkan Daging

Mesti ada yang risau untuk memasak daging kerana takut tidak lembut atau salah masak. Antara perkakas dapur yang senang melembutkan daging adalah “pressure cooker”. Tetapi sekiranya kita tahu cara lembutkan daging yang betul, masakan daging dapat dihasilkan dengan baik dan sempurna. Berikut beberapa cara untuk melembutkan daging.
  1. CARA MEMASAK / POTONG DAGING YANG BETUL
    Antara cara lembutkan daging yang paling utama adalah anda perlu memotong daging berlawanan dengan urat daging tu. Bila masak pula, pastikan periuk ditutup. Barulah daging akan cepat lembut.tips-lembutkan-daging-1
  2. BETIK MUDA
    Ini adalah cara lembutkan daging yang ramai tak tahu. Potong buah betik muda bersaiz sederhana atau kecil dan rebus bersama daging. Kalau tiada buah betik muda, boleh gunakan batang betik.tips-lembutkan-daging-2
  3. CUKA
    Gunakan sedikit cuka makan ke dalam rebusan atau perap bersama daging beberapa jam sebelum dimasak. Sumber asid dikatakan dapat melembutkan struktur daging dengan cepat.
  4. BAKING SODA
    Selain itu, anda juga boleh menggunakan baking soda untuk melembutkan daging dengan cepat. Caranya, perapkan daging dengan baking soda selama sekurang-kurangnya 15 minit. Kemudian, bilas bersih-bersih sebelum dimasak.

 

Keenakan daging memang tidak boleh disangkal lagi. Sama ada daging lembu atau kambing, anda boleh menikmati kelazatannya dalam pelbagai juadah, daripada sajian tempatan hingga ke Barat. Bayangkan sahaja rendang daging yang disajikan di pagi hari raya, atau sepinggan stik mewah yang dimasak sempurna. Itu sahaja sudah cukup untuk membuktikan bahawa daging memang satu sajian yang digemari di seluruh dunia.

Selepas anda tahu pelbagai cara lembutkan daging, anda pasti tercari-cari resepi daging yang sesuai untuk dimasak agar keluarga anda dapat menjamu selera dengan sepuas hati. Jangan risau, sebab MAGGI ada pelbagai juadah daging yang anda boleh cuba.

Sajian Daging Merah Memukau Selera

Ramai yang tahu sajian masak merah ini memang sudah menjadi kegemaran ramai. Ini termasuklah resepi daging masak merah ini, sebab memang best lebih lagi bila disajikan bersama nasi minyak istimewa dan acar. Aromanya sahaja boleh membangkitkan selera dengan mudah sekali, kerana ia disediakan dengan pelbagai rempah ratus seperti serai, kayu manis, dan bunga lawang. Yang paling penting, bahan rahsia yang menjadikannya begitu lazat adalah sos merah MAGGI yang diperbuat daripada pelbagai ramuan segar dan asli. Sebab itulah lauk ini memang sedap sangat.

Daging Hitam Dengan Kelazatan Masin Manis Sempurna

Ada juga yang rasa lauk daging masak hitam ini berbunyi aneh. Tetapi ia sebenarnya adalah daging masak kicap yang memang terkenal sekali dalam kalangan penggemar daging tempatan. Kalau nak lagi sedap, tambah saja kehangatan dengan serbuk lada hitam MAGGI untuk rasa daging masak kicap yang lebih kaw. Keenakan rasa kicap digabung dengan rasa manis daripada gula melaka ini memang sudah cukup untuk menjadikan daging anda suatu lauk yang menggiurkan sekali.

Mi Goreng Daging Sempoi Dan Menambat Selera

Macam mana kalau anda nak masukkan daging dalam satu juadah yang begitu sempoi, sedap, dan cepat dihidangkan? Sesuai sebagai menu sarapan di hujung minggu, serlahkan rasa air tangan anda hanya dengan resepi mi goreng daging yang mudah dan lazat ini. Selepas anda aplikasikan cara lembutkan daging menggunakan petua yang anda pelajari, campak-campak sahaja cebisan daging potong bersama bahan lain dalam resepi ini. Lagi-lagi jika anda sertakan pes sambal tumis MAGGI, rasa pedas dalam sajian mi daging ini memang syok sehingga buat anda rasa nak tambah berkali-kali.

Nak cari resepi lain selain daging? Jangan risau, kerana MAGGI ada pelbagai resepi menarik menanti anda. Kalau tak percaya, cubalah masak sekarang!

 

  • Facebook
  • Youtube
  • Instagram
  • Hubungi kami
  • Dasar Privasi
  • Terma dan syarat
  • Kami Nestlé
  • MS
  • EN