Rendang Perak Klasik
46Min
Sederhana
Sajian tradisi dan menu utama di Aidilfitri! Tahun ini jom kita cuba resipi Rendang Perak ini yang memberikan rasa yang enak dengan tekstur dagingnya yang lembut.
500 g
Daging
2 ulas
Bawang Merah
1 batang
Serai
3 batang
Serai
1 inci
Halia
1 inci
Kunyit Hidup
2 inci
Lengkuas
2 ulas
Bawang
3 ulas
Bawang Putih
100 g
Cili Kering
1 keping
Asam Jawa
100 ml
Santan Kelapa Pekat
50 ml
Air
2 keping
Daun Kunyit
1 kiub
Kiub Pati Ayam MAGGI®
.
Nilai pemakanan
Tenaga
243.2 kcal
Karbohidrat
12.63 g
Protein
21.35 g
Lemak
13.43 g
Maklumat setiap hidangan
Langkah Penyediaan
46 Minit
Langkah 1
10 Min
Panaskan minyak ke dalam kuali, dan apabila minyak sudah panas, masukkan hirisan bawang merah serta bahan-bahan yang telah dikisar seperti serai, halia, kunyit hidup, lenkuas, bawang, bawang putih dan juga cili. Kemudian masukkan daging. Kacau selama 5-10 minit.
Langkah 2
15 Min
Masukkan asam jawa, santan kelapa pekat, air dan daun kunyit bersama Kiub Pati Ayam MAGGI®. Masak pada suhu sederhana dan kacau sekali-sekala.
Langkah 3
20 Min
Apabila kuah menjadi pekat serta daging semakin lembut, perlahankan api dan kacau berterusan sehingga rendang menjadi kering dan pecah minyak.
Langkah 4
1 Min
Rendang anda sedia untuk dihidang dan dimakan bersama nasi panas. Pasti menyelerakan!
Komen 0