Nasi Ayam Kukus Hainan
212Min
Mencabar
Mangkuk Berisi Peluang dan Kekayaan
1
Ayam kampung
1
Kiub Pati Ayam MAGGI®
1
Timun
3 cawan
Beras
LABEL UJIAN
2 sudu besar
Minyak Kacang
4 ulas
Bawang Putih
4
Bawang Merah
3.5 cawan
Air
0.5 cawan
Air rebusan ayam
2 sudu besar
Stok Ayam Pekat MAGGI®
4
Daun Pandan
5 cm
Halia
2 sudu besar
Kicap Cair
2 sudu besar
Air rebusan ayam
3 sudu kecil
Minyak Bijian
3 sudu kecil
Minyak Bawang Putih
4
Cili Merah
2
Cili Padi
5 cm
Halia
0.5 cawan
Air rebusan ayam
1 sudu kecil
Gula
1 sudu kecil
MAGGI® CukupRasa™
3 sudu besar
Jus Limau, Mentah
10 g
Daun Ketumbar
10 g
Daun Bawang
.
Nilai pemakanan
Tenaga
448.03 kcal
Karbohidrat
28.57 g
Protein
33.14 g
Lemak
22.36 g
Maklumat setiap hidangan
Langkah Penyediaan
212 Minit
Untuk Ayam
5 Min
Cuci ayam dengan bersih di bawah air yang mengalir.
Langkah 2
120 Min
Kemudian, sapu rata Kiub Pati Ayam MAGGI® yang telah dihancurkan pada rongga-rongga dan kulit ayam dan perap selama 1-2 jam.
Langkah 3
30 Min
Masukkan ayam yang telah diperap ke dalam periuk kukus atau kuali dan kukus selama 30 minit dengan api yang tinggi atau sehingga ayam masak sepenuhnya. Anda boleh menggunakan kayu penyepit untuk menyucuk isi ayam untuk memastikan ayam telah masak.
Langkah 4
5 Min
Alihkan ayam daripada periuk kukus/kuali dan asingkan air rebusan tadi untuk preparasi nasi, sos kicap dan sos cili.
Langkah 5
1 Min
Biarkan ayam seketika sebelum memotong mengikut saiz hidangan yang diingini.
Untuk Nasi
5 Min
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan gorengkan bawang merah dan bawang putih yang dicincang sehingga naik bau dan berwarna perang keemasan.
Langkah 7
2 Min
Masukkan beras ke dalam kuali dan kacau sehingga rata. Kemudian, alihkan beras tadi ke dalam periuk nasi.
Langkah 8
2 Min
Masukkan air rebusan ayam, Pati Ayam Asli MAGGI® , daun pandan dan halia yang diketuk ke dalam periuk nasi yang berisi beras.
Langkah 9
20 Min
Kacau rata dan biarkan ia masak. Tambahkan sedikit air atau air rebusan ayam jika anda mahukan tekstur nasi yang lebih lembut.
Untuk Sos Cili
5 Min
Kisar cili merah, cili padi, bawang putih dan halia yang dihiris bersama dengan air rebusan ayam di dalam pengisar sehingga ia mencapai kepekatan yang diingini.
Langkah 11
10 Min
Letakkan kuali di atas api yang rendah dan tuangkan campuran yang dikisar ke dalamnya. Seterusnya, tambal jus limau, gula dan MAGGI® CukupRasa™hingga secukup rasa.
Langkah 12
1 Min
Akhir sekali, tutup api dan biar sos menyejuk.
Untuk Sos Kicap
2 Min
Gaulkan kicap cair, air rebusan ayam, minyak bijan dan minyak bawang putih di dalam mangkuk.
Cadangan Hidangan
1 Min
Susun atur hirisan timun di atas pinggan bujur.
Langkah 15
1 Min
Kemudian, letakkan ayam yang telah dipotong ke atas hirisan timun dan tuang sos kicap ke atasnya.
Langkah 16
1 Min
Hias ayam dengan daun ketumbar dan daun bawang yang dipotong.
Langkah 17
1 Min
Akhir sekali, hidang semangkuk nasi ayam panas bersama sos cili dan nikmati kelazatan nasi ayam masakan anda sendiri.
Komen 0