Biji Ubi Keladi Lazat Terangkat
91Min
Sederhana
Himpunan Kekayaan Dirai dalam Emas dan Perak
500 g
Keladi
LABEL UJIAN
350 g
Tepung ubi kayu
200 g
Air
2 sudu besar
Minyak Jagung
100 g
Ayam Cincang
6
Cendawan Shiitake kering
20 g
Sotong Kering
20 g
Kulat Hitam
2 sudu besar
Udang Kering
3
Bawang Putih
2
Bawang Merah
3 tangkai
Daun Bawang
2 sudu besar
Soya Sos
2 sudu besar
Sos Tiram MAGGI®
1 sudu kecil
MAGGI® CukupRasa™
1 sudu kecil
Kicap Pekat
3 sudu besar
Bawang Goreng
1
Cili Merah
.
Nilai pemakanan
Tenaga
337.97 kcal
Karbohidrat
67.84 g
Protein
7.34 g
Lemak
4.72 g
Maklumat setiap hidangan
Langkah Penyediaan
91 Minit
Langkah 1
30 Min
Mula-mula, kukus keladi dengan garam selama 30 minit atau sehingga ia lembut.
Langkah 2
5 Min
Lenyekkan keladi yang panas tadi di dalam bekas adunan dan tambahkan tepung ubi berselang air panas secara perlahan-lahan. Gaul adunan sehingga rata dengan sudip kayu.
Langkah 3
10 Min
Kemudian, canai adunan dengan tangan sehingga ia lembut dan mudah dibentuk. Pastikan ia tidak melekat di tangan anda. Lakukan semasa adunan masih suam.
Langkah 4
5 Min
ika adunan didapati terlalu kering, tambahkan air panas dengan sudu kecil. Jika adunan terlalu lembab, tambahkan pula tepung ubi dengan sudu besar.
Langkah 5
15 Min
Apabila siap, cubit sedikit adunan (anggaran 5 gram) dan golekkan di atas tapak tangan anda untuk membentuk bebola kecil. Dengan menggunakan jari telunjuk anda, tekan bahagian tengah bebola kecil untuk membentuk rongga atau bukaan.
Langkah 6
5 Min
Kemudian, masukkan bebola ubi keladi ke dalam periuk yang berisi air mendidih yang ditambah dengan 1 sudu kecil minyak masak. Apabila telah masak, ia akan timbul di permukaan air.
Langkah 7
5 Min
Toskan dan renjis minyak masak ke atas ubi keladi yang telah masak untuk mengelakkan ia daripada melekat sesama sendiri.
Langkah 8
5 Min
Kemudian, panaskan 2 sudu besar minyak masak ke dalam kuali dan tumis bawang putih, bawang merah serta cendawan. Masukkan hirisan sotong kering dan udang kering dan terus menggoreng selama 1-2 minit.
Langkah 9
5 Min
Tambahkan ayam cincang dan goreng sehingga ayam sekadar 70 – 80% masak. Kemudian, gaul cendawan hitam dan kacau sekata.
Langkah 10
5 Min
Akhirnya, masukkan ubi keladi dan goreng selama 2 – 3 minit serta tambah bahan perasa dan perencah. Taburkan daun saderi Cina dan daun bawang yang telah dipotong.
Langkah 11
1 Min
Hidang dan hias dengan bawang goreng serta potongan cili merah.
Komen 0