Beras Pulut Dibalut Dengan Daun Teratai
81Min
Mencabar
Kegembiraan dan Kekayaan yang Terkumpul
2 cawan
Beras Pulut
4 keping
Kekapis Kering
4 sudu besar
Udang Kering
10 keping
Cendawan Shiitake kering
200 g
Isi Ayam
4 sudu besar
Minyak Masak
2 ulas
Bawang Merah
3 ulas
Bawang Putih
1 kiub
Kiub Pati Ayam MAGGI®
2 sudu besar
Kicap Cair
1 sudu besar
Kicap Pekat
3 sudu besar
Sos Tiram MAGGI®
1 sudu kecil
Minyak Bijian
1 sudu kecil
Gula
.
Nilai pemakanan
Tenaga
282.72 kcal
Karbohidrat
42.85 g
Protein
11.58 g
Lemak
6.77 g
Maklumat setiap hidangan
Langkah Penyediaan
81 Minit
Langkah 1
5 Min
Mula-mula, toskan air rendaman kekapis kering tadi dan asingkan. Tambahkan lagi air untuk menjadikan ia 2 cawan cecair. Kemudian, campurkan Kiub Pati Ayam MAGGI® ke dalamnya.
Langkah 2
10 Min
Selepas itu, panaskan 2 sudu besar minyak masak di dalam kuali anti-lekat dan tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris sehingga layu. Kemudian, masukkan cendawan Shiitake, udang kering, ayam dan kekapis. Kacau seketika dan tambahkan bahan perasa.
Langkah 3
5 Min
Gorengkan sehingga masak selama 4–5 minit. Kemudian, hidangkan di dalam mangkuk dan ketepikan.
Langkah 4
5 Min
Dengan menggunakan kuali yang sama, di atas api sederhana, masukkan 1 sudu besar minyak masak. Apabila minyak telah panas, masukkan beras pulut dan kacau hingga sekata selama 2 minit. Kemudian, tuangkan ½ cawan Stok Ayam Pekat MAGGI® yang disediakan tadi dan teruskan mengacau sehingga kesemua stok ayam diserap sepenuhnya.
Langkah 5
15 Min
Ulangi proses di atas sehingga kesemua stok ayam habis. Kemudian, tutupkan api.
Langkah 6
5 Min
Masukkan ayam dan campuran cendawan dan kacau hingga sebati.
Langkah 7
10 Min
Rendamkan daun teratai di dalam air mendidih selama 5-10 minit untuk melembutkannya.
Langkah 8
5 Min
Kemudian, tegangkan daun teratai yang telah lembut dan letakkan setengah sudu beras pulut di tengah-tengahnya. Lipatkan ke atas seperti sampul dan kepitkan bukaan atas ke bawah. Jika perlu, ketatkan ikatan menggunakan tali. Ulangi langkah di atas menggunakan daun teratai yang lain sehingga habis.
Langkah 9
20 Min
Setelah semuanya terikat rapi, letakkan di dalam periuk pengukus dan kukus selama 20 minit di atas api yang kuat atau sehingga beras pulut lembut dan masak sepenuhnya.
Langkah 10
1 Min
Buka ikatan daun teratai dan sedia untuk nikmati hidangan lazat bersama keluarga.
Komen 0