Ayam Penyet Pehhh Berapi
41Min
Mudah
250 g
Dada Ayam
250 g
Paha Ayam
6 ulas
Bawang Putih
4 ulas
Bawang Merah
4
Buah Keras
30 g
Halia
1 inci
Kunyit Hidup
600 ml
Air
1 sudu kecil
Biji Ketumbar
2 tangkai
Serai
2 inci
Lengkuas
4 keping
Daun Salam
LABEL UJIAN
1 sudu besar
MAGGI® CukupRasa™
50 g
Minyak Jagung
1 sudu kecil
Minyak Masak
5
Cili Merah
4
Cili Padi
4 ulas
Bawang Merah
3 ulas
Bawang Putih
1
Tomato
2 sudu kecil
Belacan
1 sudu kecil
MAGGI® CukupRasa™
2 sudu kecil
Gula
.
Nilai pemakanan
Tenaga
287.2 kcal
Karbohidrat
9.21 g
Protein
15.63 g
Lemak
21.1 g
Maklumat setiap hidangan
Langkah Penyediaan
41 Minit
Langkah 1
5 Min
Mula-mula, panaskan 600ml air di dalam periuk serta masukkan bawang putih yang dikisar, bawang merah, buah keras, halia dan juga kunyit hidup. Kemudian masukkan biji ketumbar yang telah ditumbuk, lengkuas, daun salam bersama MAGGI® CukupRasa™ dan kacau perlahan-lahan.
Langkah 2
15 Min
Selepas itu, masukkan isi ayam dan masak pada api sederhana selama 15-20 minit sehingga ayam menjadi lembut. Apabila ia betul-betul masak, keluarkan ayam daripada periuk.
Langkah 3
10 Min
Seterusnya, panaskan minyak ke dalam kuali dan goreng ayam sehingga ia bertukar warna perang keemasan. Angkat ayam ke atas penapis untuk menadah minyak.
Langkah 4
5 Min
Untuk membuat sambal, panaskan minyak terlebih dahulu kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan cili serta tumis selama 2-3 minit sehingga wangi. Selepas itu, masukkan potongan tomato dengan belacan dan kacau sehingga tomato menjadi lembut.
Langkah 5
5 Min
Tambah perasa dengan MAGGI® CukupRasa™ dan sedikit gula. Akhir sekali, tumbuk kesemua bahan yang ditumis dengan menggunakan lesung batu atau mesin pengisar.
Langkah 6
1 Min
Sendukkan nasi di atas pinggan dan letakkan ayam yang digoreng bersama tempe goreng, tauhu goreng, hirisan timun dan sambal sebanyak mungkin. Anda juga boleh panaskan air rebusan ayam untuk dijadikan sup.
Komen 0