Terung Dayak Rebus
30Min
Mudah
Sesekali cubalah resipi unik dan lazat ini untuk dihidangkan kepada famili.
.
Nilai pemakanan
Tenaga
130.41 kcal
Karbohidrat
20.6 g
Protein
8.95 g
Lemak
2.51 g
Maklumat setiap hidangan
Langkah Penyediaan
30 Minit
Langkah 1
5 Min
Mula-mula masukkan satu liter air ke dalam periuk. Kemudian, masukkan terung Dayak, bawang merah, bawang putih, cili merah, serai, ikan salai dan Stok Pati Ikan Bilis MAGGI®.
Langkah 2
10 Min
Setelah itu, biarkan bahan-bahan tadi dibiarkan masak hingga mendidih.
Langkah 3
10 Min
Apabila sudah mendidih, perlahankan api dan biarkan ia masak sekata lebih kurang 10 minit lagi.
Langkah 4
5 Min
Boleh dihidang serta-merta dan amat sesuai dimakan dengan nasi putih dan ikan goreng.
Komen 0