Sup Ayam Dan Ikan Maw Kukus Dengan Cendawan Shiitake
116Min
Sederhana
Sup dengan khasiat seimbang yang enak dihirup begitu saja.. sesuai dinikmati seisi keluarga.
.
Nilai pemakanan
Tenaga
369.41 kcal
Karbohidrat
12.88 g
Protein
50.65 g
Lemak
13.22 g
Maklumat setiap hidangan
Langkah Penyediaan
116 Minit
Langkah 1
10 Min
Letak air di dalam kuali yang ditindihkan di atas ‘induction cooker’. Tekan START dan pilih MAX, serta tunggu air masak.
Langkah 2
5 Min
Celur sayur-sayuran dan bilas dengan air sejuk.
Langkah 3
10 Min
Masukkan kepingan halia, celur ayam untuk beberapa minit, alihkan daripada kuali dan bilas dengan air sejuk. Kemudian, celurkan ikan maw untuk beberapa minit. Sekali lagi, alih kuali dan bilas dengan air sejuk serta potong ikan kepada kepingan kecil.
Langkah 4
60 Min
Dalam ‘slow cooker’, masukkan pula cendawan shiitake, ayam, Stok Pati Ayam MAGGI®, kicap soya, gula batu dan masak selama 1-2 jam.
Langkah 5
30 Min
Selepas 1-2 jam, tambahkan ikan maw kering, nai pak choy (kubis susu) dan kulat putih dan masak selama 30 minit atau lebih lama.
Langkah 6
1 Min
Biarkan ia panas.
Komen 0