Stew Daging Kegemaran Keluarga
45Min
Sederhana
Hidangan berkhasiat dan melegakan, stew ini kaya dengan isi daging yang empuk. Sungguh enak dicicah dengan roti dan menawan hati keluarga tersayang.
1 sudu besar
Minyak Jagung
350 g
Daging
1 sudu besar
Tepung Gandum
1
Bawang Besar
10 ulas
Bawang Putih
1 sudu kecil
Oregano
1 sudu kecil
Thyme
2 keping
Daun Salam
2 sudu kecil
Paprika
600 ml
Air
1 sudu besar
Pes / Puri Tomato
0.25 cawan
Sos Tomato MAGGI®
100 g
Kentang
50 g
Lada Benggala Hijau
50 g
Lada Benggala Merah
50 g
Daun Bawang Kucai
50 g
Lobak Merah
50 g
Saderi
2 kiub
Kiub Pati Ayam MAGGI®
.
Nilai pemakanan
Tenaga
155.39 kcal
Karbohidrat
13.36 g
Protein
13.75 g
Lemak
5.68 g
Maklumat setiap hidangan
Langkah Penyediaan
45 Minit
Langkah 1
10 Min
Panaskan kuali dan masukkan minyak. Di dalam mangkuk, campurkan daging dengan tepung dan MAGGI® CukupRasa™. Gaulkan dan teruskan menggoreng di dalam minyak seketika sehingga daging separuh masak dan ketepikan.
Langkah 2
10 Min
Kemudian, dalam periuk sup tumiskan bawang, bawang putih, oregano, thyme, daun bay and paprika dengan daging yang dimasak tadi sehingga masakan naik bau. Kemudian, tambahkan air, pes/puri tomato serta Sos Tomato MAGGI® dan kacau rata.
Langkah 3
15 Min
Selepas stew telah mendidih, masukkan kentang, capsicum, daun bawang kucai, lobak merah, saderi dan biar reneh selama 15 minit.
Langkah 4
10 Min
Akhir sekali, masukkan Stok Kiub Pati Ayam MAGGI® dan biar reneh selama 10 minit lagi dengan api yang rendah supaya kuah menjadi pekat. Nikmatilah stew daging yang sungguh enak ini bersama roti atau hidangkan bersama nasi panas.
Komen 0