Sate Panggang Rendang Berempah
261Min
Sederhana
Sajian enak mengamit memori, rendang sate yang dipanggang bersama lidi ini sememangnya begitu serasi!
500 g
Dada Ayam
2 sudu besar
Minyak
3 sudu besar
Sos Tiram MAGGI®
1 sudu besar
Madu
1 sudu besar
Pes Cili
1 sudu besar
Serbuk Ketumbar
1 sudu besar
Serbuk Jintan Putih
1 sudu kecil
Serbuk Jintan Manis
0.5 sudu kecil
Serbuk Kunyit
2
Bawang Merah
3 ulas
Bawang Putih
1 cm
Halia
2 cm
Lengkuas
2 batang
Serai
.
Nilai pemakanan
Tenaga
156.18 kcal
Karbohidrat
6.87 g
Protein
20.06 g
Lemak
5.22 g
Maklumat setiap hidangan
Langkah Penyediaan
261 Minit
Langkah 1
5 Min
Kisar bawang merah, bawnag puth, halia, lengkuas dan serai bersama 50ml air.
Langkah 2
2 Min
Letakkan ayam di dalam mangkuk. Masukkan Sos Tiram MAGGI®, madu, pes cili, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih, serbuk jintan manis dan serbuk kunyit.
Langkah 3
3 Min
Kemudian, masukkan kesemua bahan kisar. Gaul sebati dan pastikan ayam disalut sempurna.
Langkah 4
180 Min
Perap selama 3 jam atau semalaman.
Langkah 5
30 Min
Rendam lidi di dalam air selama lebih kurang setengah jam sebelum mula memanggang.
Langkah 6
10 Min
Cucuk ayam di atas lidi.
Langkah 7
30 Min
Panaskan kuali atau gril pemanggang dan panggang ayam sehingga kedua belah bahagian keperangan dan masak sempurna, setiap bahagian lebih kurang 10 minit.
Langkah 8
1 Min
Sajikan bersama kuah kacang atau Sos Cili MAGGI® dan rasakan kelazatannya yang luar biasa!
Komen 0