Satay Ayam Goreng Fantastik
46Min
Sederhana
Hidangan satay lain daripada yang lain.
500 g
Dada Ayam
2 sudu besar
Minyak Masak
2 sudu besar
Sos Tiram MAGGI®
4 keping
Cili Kering
1 sudu besar
Gula
1 sudu kecil
Serbuk Jintan Putih
0.5 sudu besar
Serbuk Ketumbar
0.5 sudu besar
Serbuk Jintan Manis
2 batang
Serai
2 cm
Lengkuas
5 ulas
Bawang Putih
3 cm
Halia
2 cm
Kunyit
7 ulas
Bawang Merah
.
Nilai pemakanan
Tenaga
147.79 kcal
Karbohidrat
5.17 g
Protein
19.84 g
Lemak
5 g
Maklumat setiap hidangan
Langkah Penyediaan
46 Minit
Langkah 1
3 Min
Campurkan serai, lengkuas, bawang putih, halia, kunyit dan bawang merah dalam satu mangkuk. Masukkan ke dalam pengisar dan kisarkan dengan 100ml air.
Langkah 2
2 Min
Selepas bahan-bahan itu dikisar, masukkannya kembali ke dalam mangkuk tadi, campurkan Sos Tiram MAGGI®, cili kering, gula, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis.
Langkah 3
30 Min
Kemudian, salut ayam dengan bancuhan beraroma ini dan perap selama 30 minit.
Langkah 4
10 Min
Selepas diperap, panaskan minyak dalam periuk dan gorengkan ayam sehingga kering.
Langkah 5
1 Min
Hidangkan panas-panas bersama ketupat, timun dan hirisan bawang.
Komen 0