Resipi Tom Yam 20 Minit

(8)
33Min
Mudah

Sensasi selera Thailand yang menjadi kegemaran rakyat tempatan. Dengan beberapa bahan mudah, anda pun boleh hidang tom yam yang sama kaw macam di restoran Thai dengan resepi tom yam ini!

Bila anda keluar makan bersama keluarga di gerai makan Thailand, hidangan sup yang dipesan mestilah tak lain dan tak bukan, semangkuk tom yam panas. Rasa pedas, masin dan masam daripada semangkuk tom yam memang lazat dan cukup lengkap bila dihidang bersama nasi putih dan lauk-pauk ala selatan Thailand yang lain. Kombinasi bahan dalam resepi tom yam seperti serai dan daun limau purut memberikan hidangan ini aroma harum yang menaikkan selera. Kami cadangkan anda sajikan tom yam bersama lauk yang lain seperti telur dadar atau ayam goreng kunyit. Resepi tom yam ini sesuai buat ibu-ibu yang sibuk bekerja tapi perlu sediakan makan malam bila pulang dari pejabat. Ianya penuh dengan rasa dan aroma tomyam yang boleh memikat hati keluarga. Resepi tom yam ini menggunakan udang dan sotong sebagai protein hidangan, tapi kalau anda hanya ada ayam di dapur, boleh saja masukkan sekali dengan bahan-bahan yang lain. Jika anda ada anak-anak yang tak berapa tahan pedas, jumlah cili padi yang anda gunakan pun boleh dikurangkan. Masih sedap dimakan, jangan risau. Cubalah resepi tomyam ini!. Dengan produk-produk MAGGI®, sajian makan malam keluarga anda boleh dihidangkan dalam masa 20 minit. Sedap, mudah dan cepat.

Bahan-bahan

-
3 hidangan
+

Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 3 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan: Di sini

2  cawan
Air
2  kiub
Kiub Pati Tom Yam MAGGI®
150  g
Udang
100  g
Sotong
3  keping
Daun Limau Purut
1  batang
Serai
5 
Cili Padi
1 
Bawang Merah
1  batang
Batang Saderi
0.5 
Lobak Merah
1  cawan
Kobis Bunga
2 
Tomato
0.25  cawan
Susu Rendah Lemak Nestlé

Tip dan petua

5 petua & tip terbaik kami untuk saiz bahagian yang disesuaikan.

Eksport bahan

Pilih dari senarai bahan bahan

Salinan
Bahan kini terdapat di papan keratan anda
.

Nilai pemakanan

Tenaga
130.64 kcal
Protein
14.88 g
Karbohidrat
13.08 g
Lemak
2.27 g
Maklumat setiap hidangan
Jom Masak

Langkah Penyediaan

33 Minit
Langkah 1
8 Min
Masukkan air ke dalam periuk. Jatuhkan kiub tom yam MAGGI®, udang, sotong, daun limau purut dan juga serai.
Langkah 2
10 Min
Biarkan ia mendidih selama 10 minit.
Langkah 3
2 Min
Kemudian perlahankan api, masukkan bersama cili padi, bawang merah, batang saderi, lobak merah dan kobis bunga.
Langkah 4
2 Min
Akhir sekali masukkan tomato kerana ia mudah masak.
Langkah 5
10 Min
Reneh selama 10 minit dan hidangkan sementara ia masih panas!
Langkah 6
1 Min
Terbaik dihidang bersama nasi panas.
Resipi Tom Yam 20 Minit

Langkah 1 daripada 6

: Serai, Kiub Pati Tom Yam MAGGI®, Daun Limau Purut, Air, Udang, Sotong

Masukkan air ke dalam periuk. Jatuhkan kiub tom yam MAGGI®, udang, sotong, daun limau purut dan juga serai.

Resipi Tom Yam 20 Minit

Langkah 2 daripada 6

Biarkan ia mendidih selama 10 minit.

Resipi Tom Yam 20 Minit

Langkah 3 daripada 6

: Cili Padi, Bawang Merah, Lobak Merah, Kobis Bunga, Batang Saderi

Kemudian perlahankan api, masukkan bersama cili padi, bawang merah, batang saderi, lobak merah dan kobis bunga.

Resipi Tom Yam 20 Minit

Langkah 4 daripada 6

Akhir sekali masukkan tomato kerana ia mudah masak.

Resipi Tom Yam 20 Minit

Langkah 5 daripada 6

Reneh selama 10 minit dan hidangkan sementara ia masih panas!

Resipi Tom Yam 20 Minit

Langkah 6 daripada 6

Terbaik dihidang bersama nasi panas.

Resipi dalam PDF
Muat turun
Share with friends

Aktifkan video

Anda telah mengklik pautan pihak ketiga dan akan meninggalkan laman web maggi.ng. Perhatikan bahawa kami tidak mempunyai kawalan terhadap platform pihak ketiga tersebut dan tidak menyokong atau menerima tanggungjawab untuk mereka, termasuk kandungan, ketepatan atau fungsinya. Oleh itu, interaksi anda dengan platform terpaut ini adalah risiko anda sendiri. Kami tidak menerima tanggungjawab atau tanggungjawab untuk platform pihak ketiga tersebut dan terma dan syarat mereka. Baca lebih lanjut dalam Syarat Penggunaan kami di sini

Thank you for your rating!
Kami menantikan ulasan anda!

Anda sudah menilai resipi / produk ini

Klik pada bilangan bintang yang ingin anda berikan: semakin tinggi bilangannya, semakin baik penilaiannya.

Hantar

Komen 0

Please enter proper keywords 0/4000
Sila masukkan nama pengguna yang sah. Pastikan mengandungi 3-15 aksara. Aksara A hingga Z dan 0 hingga 9 dibenarkan.
Nama pengguna