Skip to Main Content
MAGGI® Malaysia
MAGGI® Malaysia
  • Resipi
  • Aktiviti
  • MAGGI®
  • Produk
  • MyMenu Plan
  • Cari
  • Log masuk
  • Tentang Kami
  • Dari Dapur Kami
  • Memupuk Generasi Muda
  • Idea Masakan 7 Hari MAGGI®
  • Masak-masak bersama Selebriti MAGGI®
  • Tips Dapur
Peria Tumis Udang

90 of 100
Seimbangkan hidangan anda
X
MyMenu IQ™
90 of 100
Seimbang
Hidangan anda seimbang

Seimbangkan hidangan anda

Hidangan sampingan
Tambah
Lihat Kombinasi Resipi
Nikmati hidangan anda!
Back

Ingin tahu lebih mengenai MyMenu IQ™?

Apakah maksud hidangan seimbang?

Hidangan seimbang terdiri daripada pelbagai kumpulan makanan dan nutrien penting.

MyMenu IQ™ memberikan skor nutrisi berdasarkan kandungan tenaga & nutrien dalam hidangan dan sumbangan dalam membantu mencapai saranan keperluan nutrisi harian dewasa 2000kcal/hari.

MyMenu IQ ™ membantu anda memilih menu seimbang pada skala dari 0 hingga 100, dengan fokus pada hidangan utama.

Apakah maksud skor MyMenu IQ™?
Tingkatkan keseimbangan hidangan anda (0 - 44)
Tingkatkan kesimbangan nutrisi menu ini untuk membantu anda mencapai saranan keperluan nutrien.
Sederhana (45 - 69)
Menu ini adalah seimbang dan membekalkan kepelbagaian dari segi kumpulan makanan dan nutrien penting.
Seimbang (70 - 100)
Menu ini adalah seimbang dan membekalkan kepelbagaian dari segi kumpulan makanan dan nutrien penting.
Skor MyMenu IQ™ merujuk kepada skor untuk resipi digital seperti terkandung di dalam laman web. Maklumat komposisi pemakanan untuk bahan-bahan adalah berdasarkan sumber dari pangkalan data komposisi makanan seperti USDA SR28, BLS32, Komposisi Makanan Malaysia, Komposisi Makanan Singapura dan juga label makanan.

Apakah maksud pecahan kandungan tenaga?

Protein
7.1g / 23%
Pecahan kandungan tenaga menunjukkan jumlah makronutrien (iaitu karbohidrat, protein dan lemak) yang terkandung dalam satu hidangan dan sumbangan relatifnya (dalam%) terhadap jumlah kandungan tenaga hidangan.
x
MyMenu IQ™

Peria Tumis Udang

+

Peria Tumis Udang

Kembali

Peria Tumis Udang

(0)
14Min
Mudah
Tambah ke Pelan Menu Saya

Anda perlukan akaun untuk terusakn

Sila login atau daftar akaun

Tak lengkap sajian berbuka puasa kalau tak ada hidangan sayur-sayuran dan ia boleh diambil dengan pelbagai cara mengikut selera dan kreativiti anda dalam menyediakan makanan. Sayur-sayuran dalam pengambilan makanan harian dapat membantu memenuhi keperluan vitamin dan mineral dalam tubuh badan kita. Jelaslah, bahawa kita perlukan sayur-sayuran dalam hidangan setiap hari, apatah lagi untuk kita menjalani ibadah puasa ini. Jadi, jom kita cuba sajian Peria Tumis Udang untuk berbuka puasa nanti. Tapi, jangan lupa untuk tambahkan MAGGI® CukupRasa, perasa semua dalam satu yang pasti menaikkan lagi rasa Peria Tumis Udang anda! Sayur peria yang juga dikenali sebagai kambas ini biasanya memang pahit sedikit rasanya. Tapi sekiranya kena dengan cara masakannya, peria yang pahit ini boleh menjadi satu hidangan yang lazat dan menyelerakan. Sebenarnya tak pahit manapun! Tip untuk mengurangkan rasa pahit peria kambas; buang bahagian tengah atau empulurnya, potong dan rendam dalam air garam dalam beberapa minit. Tapi kalau anda yang biasa ke pasar, peria kambas yang warna hijau muda rasanya kurang pahit tapi kalau warna hijau yang agak pekat rasanya lebih pahit. Bagi yang ingin menjaga dan mengekalkan kesihatan, bolehlah menggunakan sayur peria ini dalam masakan. Dengan kandungan khasiatnya yang merangkumi serat, lemak, karbohidrat dan protein, anda boleh menghasilkan menu sihat. Begitulah hebatnya peria, walaupun rasanya sedikit pahit tapi ramai yang menyukai sayur ini, kerana ternyata ia mempunyai banyak kebaikannya. Justeru, lupakan soal pahit dan cuba nikmati kemanisan Peria Tumis Udang. Ok, sekarang jom kita bercakap pulak tentang apa hebatnya resipi Peria Tumis Udang yang disajikan oleh MAGGI® sempena bulan Ramadan ini. Paling utama, hidangan ini mudah disediakan dan sangat sesuai dicuba pada bulan puasa ini. Hanya beberapa minit sahaja diperlukan untuk anda menyediakan hidangan ini. Memang berbaloi sangat dengan masa yang diperuntukkan bila anda dapat menikmati masakan air tangan sendiri. Bahan-bahannya pun mudah sahaja untuk didapatkan, sebahagian besarnya mungkin ada dalam simpanan anda di rumah. Tumbuk bahan-bahan seperti bawang merah, bawang putih dan cili merah sehingga lumat untuk mendapatkan keaslian rasanya. Ia diperbuat daripada bawang segar dan rempah-ratus, tak perlu lagi tambah garam – hanya tabur dan masakan jadi bertambah lazat! Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk dan udang sehingga wangi. Bila dah siap anda boleh rasai sendiri kerangupan peria yang ditumis bersama udang segar. Cubalah resipi Peria Tumis Udang ini dan pastikan nasi anda cukup kerana sajian ini mungkin membuatkan anda dan keluarga makan bertambah-tambah.

Bahan-bahan

3

Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 3 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan:

ingredient_quantity
recipe ingredient
2 
Buah Peria
1 
Bawang Besar
3  ulas
Bawang Putih
2  tangkai
Cili Merah
2  sudu besar
Minyak Masak
12  keping
Udang
3  sudu besar
Air
1  sudu kecil
MAGGI® CukupRasa™
1  tangkai
Cili Merah
Salinan

Tip dan petua

5 petua & tip terbaik kami untuk saiz bahagian yang disesuaikan.

Eksport bahan

Pilih dari senarai bahan bahan

Salinan
.

Nilai pemakanan

Tenaga
121.4 kcal
Protein
7.15 g
Karbohidrat
7.78 g
Lemak
7.29 g
Maklumat setiap hidangan

Langkah Penyediaan

14 Minit
  • Langkah 1

    5 Min
    Basuh dan tapiskan peria, ketepikan. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili merah sehingga lumat. Celurkan peria di dalam air panas.
  • Langkah 2

    2 Min
    Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk sehingga wangi.
  • Langkah 3

    2 Min
    Masukkan udang, kemudian tumis sehingga separuh masak.
  • Langkah 4

    5 Min
    Masukkan air dan peria yang telah dicelur, MAGGI® CukupRasa serta cili merah, kemudian gaul sehingga rata. Sedia untuk dihidang.
Peria Tumis Udang

Langkah 1 daripada 4

Basuh dan tapiskan peria, ketepikan. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili merah sehingga lumat. Celurkan peria di dalam air panas.

Peria Tumis Udang

Langkah 2 daripada 4

Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk sehingga wangi.

Peria Tumis Udang

Langkah 3 daripada 4

Masukkan udang, kemudian tumis sehingga separuh masak.

Peria Tumis Udang

Langkah 4 daripada 4

Masukkan air dan peria yang telah dicelur, MAGGI® CukupRasa serta cili merah, kemudian gaul sehingga rata. Sedia untuk dihidang.

Resipi dalam PDF

Share with friends

  • Facebook
  • Twitter
  • Pinterest
  • Whatsapp

Aktifkan video

Anda telah mengklik pautan pihak ketiga dan akan meninggalkan laman web maggi.ng. Perhatikan bahawa kami tidak mempunyai kawalan terhadap platform pihak ketiga tersebut dan tidak menyokong atau menerima tanggungjawab untuk mereka, termasuk kandungan, ketepatan atau fungsinya. Oleh itu, interaksi anda dengan platform terpaut ini adalah risiko anda sendiri. Kami tidak menerima tanggungjawab atau tanggungjawab untuk platform pihak ketiga tersebut dan terma dan syarat mereka. Baca lebih lanjut dalam Syarat Penggunaan kami di sini

Thank you for your rating!

Kami menantikan ulasan anda!

Anda sudah menilai resipi / produk ini

Klik pada bilangan bintang yang ingin anda berikan: semakin tinggi bilangannya, semakin baik penilaiannya.

Hantar

Komen 0

Please enter proper keywords 0/4000
Sila masukkan nama pengguna yang sah. Pastikan mengandungi 3-15 aksara. Aksara A hingga Z dan 0 hingga 9 dibenarkan.
Nama pengguna
Batal
Muat turun
Komen

Ketahui lebih lanjut

  • Asia
  • Bebas Babi
  • Hari minggu
  • Hidangan utama
  • Hujung minggu
  • Keluarga
  • Ketulenan
  • Makan malam
  • Makan tengah hari
  • Mudah
  • Ramadan
  • Sayuran
  • Tanpa kacang/kacang tanah
  • Tanpa kekacang
  • Tanpa telur
  • Tumis
  • Yang lain

Untuk resipi yang lebih menarik

  • MAGGI Telur Pedas Kari Mee Goreng 1-2-3

    MAGGI Telur Pedas Kari Mee Goreng 1-2-3

    9 Min Mudah
  • Tumisan Cendawan Beraneka

    Tumisan Cendawan Beraneka

    11 Min Mudah
  • Kari Udang CukupRasa MAZZATON MIZA

    Kari Udang CukupRasa MAZZATON MIZA

    50 Min Sederhana
  • Nasi Ayam Tomato

    Nasi Ayam Tomato

    46 Min Sederhana

  • Facebook
  • Youtube
  • Instagram
  • Hubungi kami
  • Privacy Policy
  • Terma dan syarat
  • MS
  • EN