Pasta Pesto Selasih Dengan Ayam Bakar
56Min
Mudah
Gaulan pesto dengan ayam empuk enak yang susah berhenti, mesti nak lagi!
.
Nilai pemakanan
Tenaga
348.27 kcal
Karbohidrat
34.52 g
Protein
27.84 g
Lemak
10.4 g
Maklumat setiap hidangan
Langkah Penyediaan
56 Minit
Langkah 1
30 Min
Gaulkan ayam dan MAGGI CukupRasa, dan perap sebentar.
Langkah 2
3 Min
Kisar semua bahan, bawang putih, selasih dan gajus menggunakan pengisar atau lesung batu sehingga lumat. Perlahan-lahan tuangkan minyak zaitun dan jus lemon.
Langkah 3
2 Min
Tambah cili padi untuk pes rasa lebih pedas (mengikut cita rasa) dan perasakan dengan MAGGI CukupRasa. Tambah keju parmesan untuk pekatkan pes.
Langkah 4
7 Min
Panaskan kuali atau pemanggang, panggang ayam yang diperap sehingga masak. Rehatkan ayam sebentar sebelum mula menghiris.
Langkah 5
12 Min
Rebus pasta, keringkan dan ambil 3 sudu air pasta dan gaulkan dengan ayam dan pesto.
Langkah 6
2 Min
Hidangkan dengan brokoli dan kacang buncis celur.
Komen 0