Nasi Pulut Goreng Seloka Mesra
81Min
Sederhana
Pulut istimewa sewangi Serbuk Rempah Lima hidangan kegemaran seisi keluarga.
300 g
Dada Ayam
200 g
Sosej Ayam
1 sudu besar
Sos Tiram MAGGI®
1 sudu besar
MAGGI® CukupRasa™
2 sudu besar
Kicap Pekat
1 sudu kecil
Minyak Bijian
1 sudu besar
Sos Tomato MAGGI®
1 sudu besar
Gula Merah
3 sudu besar
Minyak Masak
150 g
Keladi
1 sudu kecil
Serbuk 5 Rempah
500 g
Beras Pulut Thai
1 sudu besar
Udang Kering
1 sudu kecil
MAGGI® CukupRasa™
1 L
Stok Ayam
2 sudu besar
Minyak Masak
2
Telur
30 g
Salad Lettuce
20 g
Daun Bawang
.
Nilai pemakanan
Tenaga
453.05 kcal
Karbohidrat
61.46 g
Protein
20.58 g
Lemak
13.1 g
Maklumat setiap hidangan
Langkah Penyediaan
81 Minit
Langkah 1
30 Min
Perap sosej dan ayam dengan sos dan MAGGI® CukupRasa™.
Langkah 2
15 Min
Panaskan kuali dan goreng dengan sedikit minyak sehingga perang dan melekit. Angkat dan biar seketika.
Langkah 3
5 Min
Gaul keladi dengan serbuk 5 rempah dan goreng dengan minyak sedikit. Angkat dan biar seketika.
Langkah 4
10 Min
Kemudian, panaskan minyak dan goreng udang kering sehingga naik bau. Kemudian masukkan beras dan goreng selama 1 minit dan masukkan air stok ayam diparas ¼ dan MAGGI® CukupRasa™. Biarkan ia merenih dengan api perlahan sehingga ia mengering.
Langkah 5
15 Min
Ulangi dengan menambah air stok sedikit demi sedikit sehingga beras masak dan semua stok meresap (jumlah stok berbeza mengikut jenama beras; masukkan secukupnya).
Langkah 6
5 Min
Akhirnya besarkan api dan tambahkan keladi dan goreng sehingga beras kering.
Langkah 7
1 Min
Hidangkan nasi dan taburkan sosej, ayam dan telur dadar. Hiaskan dengan salad dan daun bawang.
Komen 0