MyMenu IQ™
100
of 100
Seimbang
Hidangan anda seimbang
Hidangan seimbang terdiri daripada pelbagai kumpulan makanan dan nutrien penting.
MyMenu IQ™ memberikan skor nutrisi berdasarkan kandungan tenaga & nutrien dalam hidangan dan sumbangan dalam membantu mencapai saranan keperluan nutrisi harian dewasa 2000kcal/hari.
MyMenu IQ ™ membantu anda memilih menu seimbang pada skala dari 0 hingga 100, dengan fokus pada hidangan utama.
Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 6 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan:
5 petua & tip terbaik kami untuk saiz bahagian yang disesuaikan.
Sediakan kuah dengan mencampurkan bersama Sos Tiram MAGGI®, kicap cair, kicap pekat dan air di dalam mangkuk.
Panaskan minyak masak di dalam kuali atau periuk. Kemudian, tumis bawang merah dan halia sehingga beraroma.
Seterusnya, masukkan ayam, lobak merah dan hirisan cendawan. Goreng selama 5 minit atau sehingga ayam menjadi empuk.
Masukkan minyak bijan, campuran kuah dan biarkan ia reneh selama 3 minit di atas api sederhana. Bila siap, ketepikannya dan sediakan nasi.
Masak nasi dengan 600 ml air di dalam periuk nasi dan letakkan kailan di atas. Apabila nasi hampir masak (semua air telah diserap dan bijirin beras mula kelihatan gebu), kira-kira 15 - 20 minit kemudian, masukkan ayam yang telah dimasak tadi.
Masukkan ayam dan nasi bersama, gaulkan sehingga betul-betul rata.
Kemudian, tutup semula tudung periuk dan biarkan nasi terus dimasak selama 10 minit sehingga kuah diserap sepenuhnya ke dalam nasi. Simpan panas sehingga dihidangkan.
Akhir sekali, taburkan daun bawang dan ikan masin goreng (pilihan) sebelum dihidangkan.
Untuk lebih pedas, hiris cili padi dan hidangkan bersama kicap cair.
Anda telah mengklik pautan pihak ketiga dan akan meninggalkan laman web maggi.ng. Perhatikan bahawa kami tidak mempunyai kawalan terhadap platform pihak ketiga tersebut dan tidak menyokong atau menerima tanggungjawab untuk mereka, termasuk kandungan, ketepatan atau fungsinya. Oleh itu, interaksi anda dengan platform terpaut ini adalah risiko anda sendiri. Kami tidak menerima tanggungjawab atau tanggungjawab untuk platform pihak ketiga tersebut dan terma dan syarat mereka. Baca lebih lanjut dalam Syarat Penggunaan kami di sini
Thank you for your rating!
Kami menantikan ulasan anda!
Anda sudah menilai resipi / produk ini
Klik pada bilangan bintang yang ingin anda berikan: semakin tinggi bilangannya, semakin baik penilaiannya.
Hantar
Komen 0