Keladi Goreng Rangup 3 Rasa
76Min
Sederhana
Enak-enak rasa keladi, cantik menarik rangup sekali. Lemak manis lazat digemari, bila dah hidang, terus menambat hati famili.
1 paket
Mi Suhon (Glass Noodle)
600 g
Keladi
10 sudu besar
Tepung Gandum
150 ml
Air
2 sudu besar
Lelemak (Shortening)
1 sudu besar
Gula Halus
2 sudu kecil
MAGGI® CukupRasa™
0.5 sudu kecil
Serbuk 5 Rempah
9 sudu besar
Sos Cili Thai MAGGI®
1 kiub
Kiub Pati Ayam MAGGI®
1 sudu besar
Kicap Pekat
1 sudu besar
Gula
500 g
Dada Ayam
100 g
Kiub Nenas
0.5
Lada Benggala Hijau
0.5
Lada Benggala Merah
1 inci
Halia
6 ulas
Bawang Putih
1
Bawang Besar
3 sudu besar
Minyak Masak
.
Nilai pemakanan
Tenaga
280.46 kcal
Karbohidrat
44.58 g
Protein
12.79 g
Lemak
5.95 g
Maklumat setiap hidangan
Langkah Penyediaan
76 Minit
Langkah 1
20 Min
Untuk sediakan bentuk bunga keladi, kukus keladi sehingga empuk (lebih kurang 20 minit), lenyek dan biar sejuk. Dalam mangkuk lain, masukkan air mendidih ke dalam tepung gandum dan gaul sehingga menjadi adunan lembut.
Langkah 2
30 Min
Campurkan semua bahan lain (lelemak, gula halus, MAGGI® CukupRasa™ dan serbuk 5 rempah), lenyek keladi dan masukkan ke dalam adunan dan uli adunan. Balut dengan kertas lutsinar (cling film) dan biar selama 30 minit.
Langkah 3
5 Min
Panaskan minyak dan goreng mi suhon sehingga ia mengembang. Toskan dan susun di atas pinggan hidang yang besar.
Langkah 4
5 Min
Bentukkan adunan menjadi bentuk bunga dan goreng dengan minyak penuh sehingga ia garing dan perang keemasan selama 3-5 minit di atas api sederhana. Susun kelopak bunga yang membentuk bunga dengan lubang di bahagian tengah.
Langkah 5
3 Min
Campurkan bahan-bahan untuk sos di lapisan atas.
Langkah 6
12 Min
Goreng bawang putih dan halia sehingga naik bau, tambahkan bawang dan goreng selama seminit dengan api tinggi. Tambah ayam dan goreng sehingga separuh masak. Masukkan sos dan biar dia merenih sehingga ayam betul masak. Kemudian masukkan lada benggala.
Langkah 7
1 Min
Sendukkan masakkan dan hidang di tengah kelopak bunga. Jamulah selera sementara ia panas ya!
Komen 0