Kebab Ayam Bijan 3 Langkah
76Min
Sederhana
Kebab dengan daging ayam yang empuk ini disaluti oleh saduran manis-manis pedas dengan taburan biji bijan yang rangup, pastinya memikat selera yang tersayang.
1 sudu besar
Minyak Bijian
2 sudu besar
Sos Tiram MAGGI®
3 sudu besar
Air
2 sudu kecil
Madu
2 ulas
Bawang Putih
2 sudu besar
Biji Bijian
2 sudu kecil
Empingan Cili
0.5 sudu kecil
Kicap Pekat Manis
250 g
Dada Ayam
250 g
Paha Ayam
2 ulas
Bawang Putih
2
Lada Benggala
200 g
Tomato Ceri
100 g
Cendawan
200 g
Brokoli
.
Nilai pemakanan
Tenaga
234.46 kcal
Karbohidrat
10.72 g
Protein
19.81 g
Lemak
12.88 g
Maklumat setiap hidangan
Langkah Penyediaan
76 Minit
Langkah 1
30 Min
Mula-mula sediakan mangkuk, kemudian gaulkan Sos Tiram MAGGI® bersama madu, bawang putih yang telah ditumbuk, biji bijan yang dibakar, empingan cili, kicap pekat manis dan juga air. Masukkan potongan ayam ke dalam mangkuk adunan serta gaulkan sehingga sebati. Kemudian tutup buat sementara dan perap selama 30 minit untuk rasa ayam yang sedap.
Langkah 2
20 Min
Untuk menyediakan kebab, rendamkan lidi sate di dalam air sejuk selama 20 minit.
Langkah 3
15 Min
Apabila ayam sudah diperap, cucukkan potongan ayam dan sayuran secara selang-seli pada lidi sate.
Langkah 4
10 Min
Kemudian ambil pemanggang dan sapukan minyak bijan ke atasnya dan bakar kebab selama 3 minit untuk bahagian depan dan belakang, renjiskan air daripada perapan ayam ke atas kebab. Angkat kebab tersebut apabila ayam dan juga sayur menjadi lembut dan cukup masak.
Langkah 5
1 Min
Nikmatinya dengan begitu sahaja atau dengan sedikit nasi.
Komen 0