Ikan Bakar Petai Mudah
39Min
Sederhana
Hidangan bakar yang memecah selera. Kalau makan, sikit pun tak tinggal sambalnya!
.
Nilai pemakanan
Tenaga
203.91 kcal
Karbohidrat
5.08 g
Protein
22.38 g
Lemak
10.3 g
Maklumat setiap hidangan
Langkah Penyediaan
39 Minit
Langkah 1
5 Min
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Ketepikan.
Langkah 2
1 Min
Guna kertas aluminium, jadikan bentuk sampan yang memuatkan ikan.
Langkah 3
2 Min
Masukkan sambal, serai, MAGGI® CukupRasa™ dan gaul mesra.
Langkah 4
2 Min
Urut campuran ke serata ikan dan masukkan ikan ke dalam sampan aluminium tadi.
Langkah 5
2 Min
Sumbat kencur ke dalam ikan dan tabor petai di atas ikan.
Langkah 6
2 Min
Sebelum masak, perah jus limau nipis untuk rasa masam. Tutup kertas aluminium.
Langkah 7
25 Min
Panaskan kuali, panggang ikan di atas kuali selama 20-25 minit atau panggang di dalam ketuhar.
Komen 0