MyMenu IQ™
70
of 100
Seimbang
Hidangan anda seimbang
Hidangan seimbang terdiri daripada pelbagai kumpulan makanan dan nutrien penting.
MyMenu IQ™ memberikan skor nutrisi berdasarkan kandungan tenaga & nutrien dalam hidangan dan sumbangan dalam membantu mencapai saranan keperluan nutrisi harian dewasa 2000kcal/hari.
MyMenu IQ ™ membantu anda memilih menu seimbang pada skala dari 0 hingga 100, dengan fokus pada hidangan utama.
Sedap tak terhingga, paprik ayam ini merupakan juadah lazat yang serba sempoi untuk anda sediakan. Jangan pening kepala lagi dan guna resepi paprik ayam ini untuk memasak hanya dengan bahan-bahan mudah yang mungkin sudah ada di dapur anda sekarang.
Sajian paprik ayam sering menjadi menu utama yang akan dipesan setiap kali kita ke kedai makan ala Thailand atau masakan timur. Turut disertakan sekali dalam pesanan seperti kailan ikan masin, tomyam campur, telur dadar dan jus buah-buahan. Anda juga boleh memasak hidangan ini di rumah dan pasti keluarga atau rakan-rakan akan gemarkannya kerana ia merupakan salah satu sajian kegemaran rakyat Malaysia. Untuk penyediaan lauk ini di rumah, ada resepi paprik ayam yang tidak sukar seperti yang anda sangka. Antara bahan utama dalam resepi paprik ayam adalah dada ayam (mengikut saiz hidangan), halia, serai, bawang, daun limau purut, Sos Tiram MAGGI®, Sos Tomato MAGGI® dan lain-lain. Sayur-sayuran seperti kacang panjang dan lobak merah boleh digunakan sekali dalam resepi paprik ayam ini untuk khasiat serat yang penting. Langkah penting dalam resepi paprik ayam ini adalah dada ayam perlu diperap selama 30 minit dengan Sos Tiram MAGGI® untuk rasa yang lebih memukau. Selepas itu, mulakan menumis bahan-bahan lain, masukkan ayam yang telah diperap dan sayur-sayuran. Dah Siap! Hidangan siap dengan beberapa langkah mudah sahaja.
Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 6 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan:
5 petua & tip terbaik kami untuk saiz bahagian yang disesuaikan.
Perap dada ayam dengan MAGGI® Sos Tiram. Perap semalaman untuk rasa yang lebih sempurna.
Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai dan daun limau purut sehingga naik bau. Kemudian, masukkan pes cili dan tumis seketika sehingga sebati.
Masukkan ayam yang telah diperap dengan MAGGI® Sos Tiram ke dalam bahan tumisan. Gaulkan semuanya sehingga sebati.
Seterusnya, masukkan bawang Holland, kobis bunga, jagung muda, lobak merah dan kacang panjang.
Untuk kuah paprik, masukkan campuran semua sos, kicap dan air. Biar seketika dengan api perlahan dan kacau rata.
Hidangkan paprik ayam anda panas-panas bersama nasi.
Anda telah mengklik pautan pihak ketiga dan akan meninggalkan laman web maggi.ng. Perhatikan bahawa kami tidak mempunyai kawalan terhadap platform pihak ketiga tersebut dan tidak menyokong atau menerima tanggungjawab untuk mereka, termasuk kandungan, ketepatan atau fungsinya. Oleh itu, interaksi anda dengan platform terpaut ini adalah risiko anda sendiri. Kami tidak menerima tanggungjawab atau tanggungjawab untuk platform pihak ketiga tersebut dan terma dan syarat mereka. Baca lebih lanjut dalam Syarat Penggunaan kami di sini
Thank you for your rating!
Kami menantikan ulasan anda!
Anda sudah menilai resipi / produk ini
Klik pada bilangan bintang yang ingin anda berikan: semakin tinggi bilangannya, semakin baik penilaiannya.
Hantar
Komen 1