Ayam Kicap 20 Minit
21Min
Mudah
Sajian mudah untuk dinikmati bersama keluarga setelah penat bekerja.
.
Nilai pemakanan
Tenaga
283.28 kcal
Karbohidrat
21.43 g
Protein
32.52 g
Lemak
7.66 g
Maklumat setiap hidangan
Langkah Penyediaan
21 Minit
Langkah 1
8 Min
Mula-mula panaskan minyak di dalam periuk dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bawang merah, halia, bawang putih dan serai sehingga naik bau.
Langkah 2
2 Min
Apabila aroma tumisan sudah memenuhi ruang dapur, barulah masukkan potongan ayam dan dikacau sekata.
Langkah 3
7 Min
Kemudian masukkan Sos Tiram MAGGI®, kicap pekat, kicap cair dan gula serta kacau sampai semuanya bergaul rata dan ayam sudah betul-betul masak.
Langkah 4
3 Min
Akhir sekali masukkan cili merah, daun bawang dan bawang merah yang dipotong dadu sebelum dikacau sekali lagi.
Langkah 5
1 Min
Dihidang panas-panas dan dimakan bersama nasi putih.
Komen 1