Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 12 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan:
5 petua & tip terbaik kami untuk saiz bahagian yang disesuaikan.
Dalam kuali, panaskan minyak dan masukkan bawang Holland, bawang putih dan daging cincang. Tumis seketika.
Masukkan lobak merah, tomato, batang saderi, lada benggala, serbuk ketumbar, jintan manis, lada cayenne, Sos Tomato MAGGI® , MAGGI® CukupRasa™ dan sedikit air. Ketepikan.
Di dalam periuk, cairkan mentega dan tambah tepung gandum. Gaul rata.
Tuangkan susu perlahan-lahan, sambil kacau rata. Masukkan serbuk lada cayenne, MAGGI® CukupRasa™ dan keju yang disagat.
Panaskan ketuhar pada suhu 180ºC.
Sementara itu, di dalam bekas kaca pilihan, sapukan sos keju, letakkan spaghetti dan tuangkan sos keju, letakkan tumisan daging, sos keju dan spaghetti. Ulang sehingga bahan habis. Taburkan keju di permukaan.
Bakar selama 15 minit pada suhu 180ºC sehingga keju keperangan.
Hidang panas-panas.
Anda telah mengklik pautan pihak ketiga dan akan meninggalkan laman web maggi.ng. Perhatikan bahawa kami tidak mempunyai kawalan terhadap platform pihak ketiga tersebut dan tidak menyokong atau menerima tanggungjawab untuk mereka, termasuk kandungan, ketepatan atau fungsinya. Oleh itu, interaksi anda dengan platform terpaut ini adalah risiko anda sendiri. Kami tidak menerima tanggungjawab atau tanggungjawab untuk platform pihak ketiga tersebut dan terma dan syarat mereka. Baca lebih lanjut dalam Syarat Penggunaan kami di sini