The MAGGI®️ Secondary School Cooking Competition is back for its 25th anniversary! Themed MAGGI & You Cooking a Difference For Daily Inspiration, this year’s program challenge will be held virtually with the new normal practices. Come and showcase your talent for a chance to win cash prizes!
Congratulations to all the winners! You have shown us exceptional cooking talents in the MAGGI®️ Secondary School Cooking Competition & it serves as an inspiration for us to Cook the Difference.
15 years old, SMK Syed Alwi, Perlis
My grandmother’s cooking was the inspiration for my Mixed Herb Rice and Tilapia Wrap Satay recipes. Among the ingredients that I used were plants that I grow around my home. With this recipe, I hope to reintroduce balance, nutritious traditional cuisine especially to young Malaysians.
Rafidah merupakan seorang tukang masak muda yang sukakan cabaran. Dia suka mencuba resipi baharu dan meneroka bahan-bahan unik di dalam masakannya. Rafidah mempelajari pelbagai resipi daripada saudara mara serta nenek-nenek yang tinggal di kawasan kejiranannya.
Perjalanan memasak Rafidah bermula dengan keinginan untuk membantu ibunya di dapur. "Saya adalah pembantu chef kepada ibu saya di rumah dan sering memerhatikan cara dia memasak makanan yang lazat untuk keluarga. Syukur, kemahiran memasak saya bertambah baik berkat bimbingan ibu saya. Ikatan kami juga semakin erat di dapur,” ujar Rafidah sepenuh hati.
Ibu Rafidah berasal dari Indonesia dan bapanya berasal dari Perlis, Malaysia, jadi masakannya dipengaruhi unsur budaya dari kedua-dua negara tersebut. Diilhamkan oleh tradisi keluarganya, Rafidah sentiasa teruja untuk meneroka resipi dan perisa baharu.
Rafidah berkata dia seronok membantu ibunya menyediakan makanan yang dimasak di rumah untuk keluarga. “Kadangkala, saya akan menyediakan masakan yang mudah seperti nasi goreng untuk makan tengah hari dan lauk pauk Melayu untuk makan malam. Kegemaran keluarga saya ialah Kuey Teow goreng! Sungguh menakjubkan apabila melihat keluarga saya menikmati dan memuji masakan saya. Reaksi positif mereka memberi saya kepuasan dan motivasi yang kuat. Makanan menjadi lebih enak apabila anda menikmatinya bersama keluarga anda, selain dapat memupuk pertalian erat dengan ibu saya.”
Resepi Nasi Ulam (Mixed Herb Rice) dan Sate Lilit Tilapia (Tilapia Wrap Satay) ciptaan Rafidah diinspirasikan daripada masakan neneknya dan diserikan dengan penggunaan kreatif produk MAGGI®. Nasi Ulam ialah hidangan tradisional Melayu yang menggunakan herba dan ulam-ulaman tempatan sebagai bahan utama yang menyerlah dengan hidangan yang berwarna-warni, beraroma dan sihat. Sementara itu, resipi Sate Lilit Tilapia saya ini sangat unik kerana agak luar biasa menggunakan ikan tilapia untuk sate,” kata Rafidah.
“Ketika dalam proses penentuan konsep resipi saya, dengan bimbingan guru saya Cikgu Fiza, kami meneroka pelbagai ramuan dan produk MAGGI® untuk melengkapkan hidangan. Kami secara kreatif menggantikan pes udang (belacan) dengan kiub stok ikan bilis MAGGI® dan menggantikan tepung dengan mi segera MAGGI® serta kiub stok Tom Yam! Ia adalah pengalaman menarik yang tidak akan saya lupakan,” kongsi Rafidah.
Selepas dipilih sebagai Pemenang Utama Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® 2021, Rafidah berkata bahawa dia tidak pernah bermotivasi seperti ini untuk meningkatkan kemahiran masakannya dan berharap suatu hari nanti, dia dapat memberi inspirasi kepada pelajar lain untuk mula memasak di rumah. Dengan resipi kemenangannya, Rafidah juga ingin memperkenalkan semula masakan tradisional yang sihat dan berkhasiat terutamanya kepada golongan muda di Malaysia.
Ketika ditanya tentang suri teladan (role model) di dapur, dia berkongsi, “Kadang-kadang, pengaruh yang paling berkuasa dalam hidup kita adalah mereka yang menceburi bidang yang sama. Saya sentiasa memandang tinggi kepada sepupu saya yang kini bekerja sebagai chef di Kuala Lumpur. Saya mengagumi kemahiran, integriti dan dedikasi beliau dalam kerjayanya.”
“Saya juga berterima kasih kepada Cikgu Fiza kerana berada di sisi saya sepanjang pertandingan, memberikan sokongan dan dorongan untuk memastikan saya terus maju. Tanpa beliau, pencapaian ini tidak mungkin dapat dicapai.”
Resepi beliau menggunakan bahan-bahan segar yang tumbuh subur di sekitar rumahnya. Dengan produk MAGGI®, lebih mudah untuk beliau menyediakan sajian yang lazat dan seimbang. Tonton video masakannya.
13 years old, Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya
After my mother passed away, I took up the responsibility of preparing the meals for my father and siblings. I hope that my culinary efforts are able to bring a smile to their faces. My Shrimp with Padang Sauce recipe was inspired by delicious Padang cuisine and contains high nutritional values for a balance diet.
Faaris dilihat sebagai seorang anak muda yang bertenaga dan petah berkata-kata, serta penuh dengan kisah yang diceritakan dengan penuh semangat. Sejak dia kecil, dia menemani dan membantu ibunya memasak, jadi dia tahu selok-belok di dapur. Ibunya adalah tonggak kekuatan dan inspirasinya. Apabila ibunya meninggal dunia ketika dia berusia 10 tahun, sebagai abang sulung daripada empat beradik, dia memikul tanggungjawab menyediakan makanan harian mereka.
“Ingatan awal saya tentang memasak ialah melihat ibu saya memasak hidangan kegemarannya iaitu Nasi Minyak. Dia seorang yang pemurah dan mengajar saya bahawa memasak untuk orang lain bukan hanya tentang makanan itu sendiri tetapi dapat menikmati kegembiraan dan kebahagiaan apabila disajikan bersama-sama,” kongsi Faaris.
“Selain kata-kata hikmat yang dikongsi oleh ibu saya, saya juga menerima banyak bantuan, bimbingan dan dorongan daripada ayah, nenek, makcik dan juga ibu bapa rakan saya.”
Kemahiran memasak Faaris dipelajari sendiri, dan dia suka mencipta resipinya sendiri. Ayahnya dan adik-beradiknya adalah peminat terbesarnya dan ini mendorongnya untuk mengasah kemahiran masakannya. “Kegemaran keluarga saya ialah Rendang Ayam yang saya sediakan dalam bulan Ramadhan dan Ayam Masak Lemak Cili Padi bersama Tempoyak. Saya sangat gembira apabila usaha kulinari saya dapat mengukir senyuman di wajah mereka,” kata Faaris.
Resipi Udang Sos Padang (Shrimp with Padang Sauce) Faaris di dalam Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® 2021 diinspirasikan daripada masakan Padang Indonesia yang lazat. “Saya suka resipi ini kerana ayah saya sentiasa mendidik saya tentang pemakanan sihat dan pertandingan ini juga mengajar saya tentang pemilihan makanan yang lebih sihat dan seimbang, serta penjagaan kebersihan dan kualiti makanan. Udang Sos Padang ini mengandungi nilai pemakanan yang tinggi kerana resipi saya menggunakan pelbagai bahan makanan sihat seperti lada benggala, tomato serta udang. MAGGI® Sos Tiram dan MAGGI® CukupRasa adalah dua produk wajib yang saya gunakan di dalam hidangan saya kerana ibu saya sering menghidangkannya,” kata Faaris mengimbau kenangan indah ibunya.
Faaris adalah seorang pemuda yang sangat bersemangat untuk menimba kemahiran dan pengetahuan masakan baharu. Dia sering mengasah bakatnya dengan menonton video memasak daripada chef terkenal dunia seperti Gordon Ramsay dan personaliti masakan Malaysia Che Nom di YouTube, dan mencuba resipi baharu selepas itu! Dapur adalah arena peribadinya sendiri di mana dia boleh ditemui dalam pelbagai aksi, daripada bereksperimen dengan pelbagai bahan makanan untuk mencipta resipi baharu dan merancang menu mingguan keluarganya.
Walaupun usianya masih muda, Faaris menunjukkan bakat bukan sahaja dalam memasak, tetapi juga dalam kemahiran IT. “Saya suka pengaturcaraan (programming), seumpama minat saya untuk memasak. Saya telah mencipta banyak Filter Instagram yang digunakan oleh lebih daripada 100,000 orang dari seluruh dunia. Cita-cita saya adalah untuk menjadi seorang jurutera IT dan saya ingin membangunkan aplikasi yang memfokuskan kepada resipi sihat dan seimbang yang mampu memberi inspirasi kepada gaya hidup lebih sihat dalam kalangan generasi muda,” katanya dengan penuh tekad.
Resepi sihat menggunakan produk MAGGI® yang beliau tampilkan telah berjaya memikat hati para juri. Jom tonton keunikan masakan beliau.
14 years old, SMK Intan Perdana, Negeri Sembilan
Since I was a child, I really enjoyed cooking, especially making desserts and bread. I hope that one day I can achieve my ambition to open a bakery. I faced many challenges throughout this competition, and I almost gave up. But my family was there to support me up with their enthusiasm, and I was inspired to keep going to achieve success!
Bagi Nursyafiqah, aktiviti memasak dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dia merupakan anak kedua daripada tiga beradik, dan mempunyai lapan kucing di rumah! Nursyafiqah berkongsi bahawa ibunya adalah suri teladan (role model) yang memberi inspirasi dalam masakannya.
"Saya kerap memasak dengan ibu saya, dan ini adalah masa yang terbaik untuk saya berbual dengannya, kerana biasanya dia agak sibuk dengan kerja. Kami suka memasak sambil mendengar muzik dan ini dapat mengeratkan lagi ikatan antara kami. Saya sering membantunya di dapur, untuk menyediakan ayam goreng, kentang goreng kicap, rendang, dan daging salai. Kegemaran ibu saya adalah masakan Melayu seperti asam pedas, sayur dan ayam paprik. Saya juga boleh menyediakan hidangan Barat yang mudah seperti spageti carbonara dan ayam mentega,” kata Nursyafiqah dengan bangganya.
Malah, ibunyalah yang mencetuskan idea untuk resipi telur gulung Korea (Korean Egg Roll) yang kemudiannya menjadi hidangan kemenangannya dalam Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® 2021. Apa yang membuatkan telur gulung itu unik dan menarik perhatian para juri adalah kerana ia mengandungi ayam, nasi, sayur-sayuran, keju dan telur yang diperisakan dengan MAGGI® CukupRasa. Gabungan bahan-bahan ini menghasilkan sebuah hidangan seimbang yang lengkap, dibungkus dalam gulungan yang ringkas dan mudah dimakan.
“Semasa pertandingan itu, keluarga dan guru turut memberikan sokongan dan tunjuk ajar kepada saya. Ibu saya membantu dalam proses memasak dan mengendalikan kamera, manakala abang saya menemani saya untuk membeli bahan-bahan tersebut. Ayah saya pula memberi sokongan kepada saya dari segi kewangan untuk membeli bahan-bahan buat hidangan saya! Saya rasa berterima kasih atas bantuan mereka,” kongsi Nursyafiqah.
Kemahiran memasak Nursyafiqah adalah serba boleh, kerana dia juga memasak makanan untuk kucingnya seperti ikan cincaru kukus (Torpedo Scad) berbanding membeli makanan yang mahal dari kedai haiwan peliharaan. Dia juga meminati bidang bakeri dan cita-citanya adalah untuk membuka kedai roti pada masa hadapan. “Saya suka pada kuih-muih, kek dan roti. Saya sudah berpengalaman menyediakan roti kopi dan pelbagai jenis roti yang lain. Setiap kali saya pergi ke kedai roti, saya suka melihat susunan bahan makanan, pencahayaan, dan bau roti yang baru disediakan,” jelasnya. Suri teladannya ialah chef pastri terkenal Anna Olsen, kerana dia sering menampilkan resipi kreatif, mempunyai personaliti yang menyenangkan serta menonjolkan gaya persembahan yang unik.
Nasihatnya untuk rakan sebaya yang ingin menceburi bidang memasak? “Belajar berdikari dan amalkan pengurusan masa yang baik dalam memasak. Sebagai contoh, apabila anda memasak lauk, anda perlu menyediakannya secara serentak dan bukan memasak satu persatu. Ini dapat menjimatkan masa supaya boleh menggunakan lebih masa untuk menyerlahkan kreativiti dalam aktiviti lain seperti persembahan makanan dan penyaduran makanan, untuk menjadikan hidangan itu lebih menarik. Kita juga mesti tabah dan bersemangat dalam apa jua yang kita lakukan!”
Menggunakan bahan-bahan segar dan produk MAGGI®, resepi Egg Roll beliau telah membawanya sebagai pemenang ke-3. Tonton video masakan beliau yang ceria dan bersemangat!
13 years old, SMJK Katholik, Selangor
As we have been living under this pandemic for so long, I chose to prepare the Rainbow Fried Rice recipe as I wanted to give my family hope in these difficult times. To me, the colourful rainbow symbolises hope, joy and success! The rainbow colours come from the variety of colorful vegetables and fruits which I had included in my recipe for a balanced diet.
Yap Mei Wei pada mulanya sangat bimbang untuk belajar memasak. Ketakutannya bermula selepas beberapa kali mengalami kemalangan ketika memasak di rumah seperti kecederaan akibat minyak panas dan air panas. Sejak itu, dia telah berhenti memasak selama beberapa tahun.
Suatu hari, saudaranya berkongsikan kata-kata hikmat dengannya, "Kejayaan datang dari pengalaman dan pengalaman datang dari pengalaman buruk." Mei Wei kemudian memberanikan dirinya kembali ke dapur untuk membina kemahiran memasaknya.
Oleh kerana perasaan takut itu masih ada di dalam dirinya, dia memulakan dengan membuat pencuci mulut bersama adiknya. Pencuci mulut istimewa seperti kek coklat, kek lava dan strawberi, lobak merah, walnut, mentega dan biskut coklat disediakan bersama adiknya di rumah. "Ini menjadikan saya seorang pakar pencuci mulut dan saya menjadi lebih yakin di dapur!" katanya.
Apabila pandemik COVID-19 melanda Malaysia tahun lepas, ketika penutupan dan sekatan (lockdown) Mei Wei mula meneroka resipi-resipi baharu di Internet dan itu memberinya dorongan untuk memasak semula. "Resepi tersebut sangat menyelerakan dan saya mahu mencubanya sendiri," jelasnya. Ini menajamkan lagi kemahiran masakannya di dapur.
Melalui sekolahnya, dia mendapati MAGGI® menganjurkan pertandingan memasak dan memutuskan untuk mengambil bahagian. Dia kemudiannya berbincang dengan ibunya mengenai hidangan yang ingin dibuatnya dan akhirnya memilih menu berkonsepkan resipi Nasi Goreng Pelangi (Rainbow Fried Rice) yang kreatif, diilhamkan oleh kecintaannya terhadap sesuatu berwarna-warni.
“Pelangi melambangkan harapan. Saya mahu mencipta sesuatu yang dapat membawa harapan kepada semua orang dan membawa kegembiraan dikala tempoh tinggal di rumah yang begitu lama. Resipi Nasi Goreng Pelangi saya menggunakan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan yang berbeza warnanya, daging serta nasi dan kesemuanya menjadikan hidangan yang sangat seimbang! Saya mengukus dan menumis bahan-bahan makanan kerana ia adalah cara yang lebih sihat untuk menyediakannya. Ia kelihatan cantik, rasanya lazat dan membawa kegembiraan dan juga kebahagiaan!” kata Mei Wei. Dia juga berkongsi bahawa dia menggunakan MAGGI® CukupRasa dalam hidangannya, kerana ia meningkatkan rasa hidangannya.
Suri teladan (role model) untuk masakannya ialah neneknya, yang tinggal bersama keluarga. Nenek Mei Wei juga merupakan seorang tukang masak yang sangat berpengalaman. “Saya selalu memerhatikan nenek saya memasak sejak kecil. Dia sering memasak hidangan mudah seperti nasi bakar berkeju, telur dan sayur-sayuran yang sihat dan sangat lazat!” kata Mei Wei.
Dalam berkongsi nasihatnya dengan chef muda baru yang lain, dia berkata, “Kejayaan adalah 1% bakat dan 99% usaha. Saya bersyukur kerana saya diberi peluang untuk menyertai Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® tahun ini di mana saya boleh menunjukkan kemahiran masakan saya. Terima kasih kepada para hakim dan ahli keluarga saya kerana yakin terhadap saya!”
Resepi beliau yang melambangkan harapan menggunakan pelbagai bahan segar dan produk MAGGI® amat menarik untuk kita cuba. Saksikan video masakan beliau.
15 years old, SMJK Heng Ee, Pulau Pinang
I chose the Bird's Nest dish as a symbol of the bond between families as I believe that healthy dishes like this can strengthen family relationships. My mother's cooking was a major inspiration and sparked my culinary interest. Through this competition, I have learned a lot of balanced nutrition tips that I can implement in my cooking.
Jaymee sangat bertenaga di dapur. Kemahiran memasaknya adalah hasil daripada menghabiskan masa di dapur bersama ibu dan neneknya. Ibunya seorang tukang masak yang hebat dan suri teladan (role model) berkemahiran yang diharap dapat dicontohi suatu hari nanti.
Dipengaruhi budaya Cina, dia mempunyai minat yang besar dalam masakan Cina. “Saya sentiasa menggemari hasil air tangan ibu saya dan menganggapnya sebagai yang terbaik di dunia. Masakan ibu saya merupakan inspirasi utama bagi saya dan pencetus minat masakan saya. Hidangan kegemaran kami sekeluarga ialah ikan kukus dan ia adalah hidangan pertama yang pernah saya masak,” katanya teruja.
Jaymee mula memasak bersama-sama dengan ibunya sejak dia masih kecil tetapi minatnya terhadap makanan yang enak dan memasak semakin berkembang semasa sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), apabila semua ahli keluarganya berada di rumah kerana pandemik COVID-19. “Saya sangat menyukai waktu makan malam kerana keluarga kami besar dan mempunyai lapan orang. Selalunya, ini adalah satu-satunya masa apabila semua ahli keluarga berkumpul sama ada di dapur atau di meja makan, kerana memasak dan menikmati juadah dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan,” kongsi Jaymee.
Menyedari kepentingan hubungan kekeluargaan, Jaymee menampilkan konsep Pinggan Sarang Burung (Bird’s Nest Platter) untuk Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® 2021, yang melambangkan simbol ikatan istimewa dalam sesebuah keluarga. Jaymee menjelaskan, “Saya dan ibu saya melakukan banyak penyelidikan tentang hidangan yang hendak dibuat dan bahan makanan yang digunakan dalam resipi. Selepas beberapa percubaan, kami memutuskan untuk mencuba resipi Pinggan Sarang Burung. Lazim dalam budaya Cina, sarang burung melambangkan tuah, kasih sayang, komitmen dan usaha dalam membina keluarga yang bahagia. Kami percaya hidangan sihat seperti ini dapat membantu mengeratkan hubungan kekeluargaan.”
“Menerusi pertandingan ini, saya banyak belajar tentang pemakanan sihat seperti Pinggan Sihat Malaysia atau Suku-Suku Separuh (Healthy Plate or Quarter-Quarter Half) yang boleh saya amalkan dalam masakan saya. Pada masa kini, saya menumpukan pada penyediaan hidangan yang lazat dan seimbang untuk keluarga saya. Dalam kebanyakan hidangan saya, saya juga akan menggunakan produk MAGGI® seperti Kiub Stok Ayam dan Sos Tiram MAGGI®, kerana ia membantu menyerlahkan rasa dalam setiap masakan. Saya gembira kerana mereka menyukai makanan saya!”
Jaymee juga berkecimpung dalam bidang bakeri baru-baru ini, dan menghasilkan menu yang mencabar seperti kek keju. Dia terpesona dengan video masakan dalam talian dan selepas menontonnya, dia kemudian akan terus pergi ke dapur untuk mencubanya dan mempamerkan idea kreatifnya sendiri pada resipi. "Membuat pencuci mulut yang lazat membuatkan saya dan keluarga saya gembira," katanya dengan senyuman lebar di wajahnya.
Ketika ditanya mengenai rancangan masa depannya, Jaymee berkata bahawa dia ingin terus mengasah kemahiran masakannya dan mencuba resipi baharu. Dia berharap suatu hari nanti akan menjadi seorang chef yang berjaya seperti Gordon Ramsay, yang dia kagumi kerana dia mempunyai keyakinan diri yang tinggi, penuh keazaman dan memperkenalkan hidangan yang menarik.
Mendapat ilham daripada kekangan akibat pandemik yang melanda dan keunikan dan produk MAGGI®, beliau telah menampilkan resepi yang bertemakan kekeluargaan. Jom tonton video untuk mengetahui dengan lebih lanjut.