Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
Skip to Main Content
MAGGI® Malaysia
MAGGI® Malaysia
  • Resipi Resipi
  • Aktiviti Aktiviti
  • MAGGI® MAGGI®
  • Produk Produk
  • MyMenu Plan MyMenu Plan
  • Lagi Lagi
  • MAGGI®
  • Dari Dapur Kami
  • Memupuk Generasi Muda
  • Idea Masakan 7 Hari MAGGI®
  • Tips Dapur
  • Lagi
  • Cari
  • Log masuk
MAGGI® Malaysia
  • Resipi
  • Aktiviti
  • MAGGI®
    • MAGGI®
    • About Us
  • Produk
  • MyMenu Plan
  • Lagi
    • Lagi
    • Log masuk
HeadCara-Simpan-Rempah-ratus

Cara Simpan Rempah-ratus

Rempah-ratus adalah bahan yang selalu kita gunakan dalam kebanyakan masakan harian. Ia menambah kelazatan sesuatu masakan dan tanpanya mungkin rasa masakan tidak begitu sempurna. Rasa rempah memainkan peranan penting bagi masakan sebab itu, kualiti dan tarikh luput amat penting. Berikut adalah beberapa cara yang boleh dipraktikkan agar rempah lebih tahan lama di samping dapat memelihara kesegarannya.
  1. Simpan Di dalam Bekas Kedap Udara
    Sama ada rempah-ratus yang dibeli serbuk atau dalam bentuknya yang asli pastikan anda menyimpannya di dalam bekas kedap udara sebaik sahaja dibuka dari pek.Cara-Simpan-Rempah-ratus-
  2. Elakkan Rempah Terkena Cahaya
    Walaupun rempah sesuai disimpan di tempat kering, elakkan rempah terkena cahaya dengan terlalu kerap. Kerana ianya boleh menghilangkan bau, mengubah warna dan menghilangkan rasa asli rempah.Cara-Simpan-Rempah-ratus-2
  3. Jauhkan Rempah Daripada Benda Panas
    Selain cahaya, elakkan menyimpan rempah bersebelahan peralatan yang panas seperti oven, dapur gas dan microwave.
  4. Simpan Di dalam Peti Ais
    Cara ini amat sesuai jika anda membeli rempah seperti serbuk cili dan paprika. Menyimpankan serbuk cili dan paprika di dalam peti ais boleh bantu mengekalkan warna dan kesegarannya untuk tempoh yang lebih panjang.
  5. Simpan Di tempat Gelap
    Simpan di tempat gelap dan jauh dari cahaya seperti di dalam almari dan laci. Asalkan ianya kering dan tidak lembap.Cara-Simpan-Rempah-ratus-3
  6. Jauhkan Daripada Tempat Yang Lembap
    Elakkan rempah-ratus daripada terdedah di tempat lembap seperti berdekatan dengan sink dan mesin basuh pinggan.
  7. Ambil Rempah Dengan Peralatan Yang Kering
    Elakkan mengambil rempah dengan sudu yang basah. Lembapan boleh menyebabkan rempah menjadi berkulat. Tanda-tanda rempah sudah berkulat apabila berlaku perubahan warna.

 

Ramai yang tahu bahawa pelbagai rempah digunakan untuk menaikkan dan melengkakan pelbagai menu tempatan yang lazat.

Tapi tahukah anda bahawa ada lagi kegunaan rempah ratus yang anda boleh cuba?

Melegakan Kesakitan Ringan

Memang kegunaan rempah ratus yang utama adalah untuk menaikkan rasa makanan. Tetapi ada kegunaan lain yang ramai dalam kalangan kita sudah lama praktikkan, iaitu sebagai pelega kesakitan ringan.

Menurut orang-orang lama, rempah ratus adalah penawar tradisional yang dipercayai dapat menyembuhkan macam-macam penyakit. Walau bagaimanapun, yang sudah pasti adalah ramai melegakan apa-apa sakit ringan ataupun ketidakselesaan dengan rempah ratus.

Contoh adalah pada kegunaan rempah ratus seperti bunga cengkih yang digigit dan dikemam untuk melegakan sakit gigi. Selain itu, halia juga sering ditambah dalam air minuman untuk melegakan rasa kembung perut. Beberapa rempah ratus seperti cengkih, serai, dan halia juga boleh dibancuh dengan air panas agar wapnya dihidu untuk melegakan hidung tersumbat.

Nak lauk yang boleh melegakan hidung tersumbat anda? Cuba sahaja makan sesuatu dengan lada hitam. Nak senang, guna sahaja perencah lada hitam ini dalam masakan anda.

Penghalau Serangga Mudah

Antara kegunaan rempah ratus yang lain juga ada pada aromanya yang kuat. Bau rempah ratus inilah juga menjadi penghalau sebarang haiwan perosak ataupun serangga yang bukan sahaja mudah, malah elok untuk persekitaran kerana hanya menggunakan bahan-bahan semula jadi.

Misalnya, ambil beberapa tangkai bunga cengkih dan cucukkannya ke atas limau nipis yang dipotong dua. Letakkan limau yang dicucuk cengkih ini di atas meja. Ramai orang yang menggunakan petua ini mendapati bahawa ia berkesan untuk menghalau lalat di atas meja.

Penambah Perasa Dalam Minuman

Selain pelengkap sajian makanan, kegunaan rempah ratus juga ada pada kebolehannya untuk menambah rasa dalam minuman. Bayangkan sahaja keenakan rasa panas teh halia, dan campuran rempah dan herba dalam air coklat panas. Gabungan rempah ratus yang mudah sahaja dapat memberikan rasa unik dan istimewa pada minuman anda.

Anda tak pasti dengan kegunaan rempah ratus yang dikongsikan ini? Apa kata anda cuba dan nikmati kehebatannya walau dalam apa cara yang anda mahukan hari ini.

Tak ada banyak rempah untuk digunakan dalam masakan anda? Jangan risau, pilih sahaja daripada rangkaian perencah MAGGI ini untuk melengkapkan masakan anda.

 

  • Facebook
  • Youtube
  • Instagram
  • Hubungi kami
  • Dasar Privasi
  • Terma dan syarat
  • Kami Nestlé
  • MS
  • EN