Udang Bersalut Bijiran Maggi Keemasan
150Min
Sederhana
Fiesta tekstur rangup dan keenakan udang yang membawa keceriaan
1 cawan
Bijirin NESTUM® (Perisa Asli)
LABEL UJIAN
2 sudu kecil
MAGGI® CukupRasa™
1 sudu kecil
Gula
500 g
Udang
3 ulas
Bawang Putih
2 sudu besar
Minyak Masak
3 sudu besar
Mentega
4
Cili Padi
8 tangkai
Daun Kari
1 sudu kecil
MAGGI® CukupRasa™
.
Nilai pemakanan
Tenaga
227.95 kcal
Karbohidrat
19.04 g
Protein
13.73 g
Lemak
10.38 g
Maklumat setiap hidangan
Langkah Penyediaan
150 Minit
Langkah 1
120 Min
Perapkan udang dengan 2 sudu kecil MAGGI® CUKUPRASA™ selama 1-2 jam.
Langkah 2
15 Min
Masukkan 1 sudu besar mentega ke dalam kuali panas. Kemudian, goreng udang sehingga garing. Kemudian, angkat dan tos minyak menggunakan tuala kertas dan ketepikan seketika.
Langkah 3
5 Min
Seterusnya, panaskan lebihan mentega di dalam kuali yang sama sehingga berbuih dan masukkan daun kari dan cili padi serta goreng di atas api sederhana sehingga naik bau.
Langkah 4
5 Min
Kecilkan api dan masukkan campuran bijirin. Goreng sehingga bijirin bertukar warna keperangan dan daun kari garing.
Langkah 5
3 Min
Masukkan udang dan goreng sekata sehingga bijirin bertukar perang keemasan.
Langkah 6
2 Min
Akhir sekali, tambah MAGGI® CukupRasa™ jika perlu. Tutupkan api dan sedia dihidang.
Komen 0