Telur Dadar dengan Cendawan dan Bayam
15Min
Mudah
Cara enak untuk menikmati telur dadar! Mudah, ekonomi serta kaya dengan protein. Nikmati telur dadar yang gebu ini pada bila-bila masa!
.
Nilai pemakanan
Tenaga
128.46 kcal
Karbohidrat
5 g
Protein
10.17 g
Lemak
8.26 g
Maklumat setiap hidangan
Langkah Penyediaan
15 Minit
Langkah 1
5 Min
Panaskan mentega dalam kuali dan gorengkan cendawan hingga lembut dan bayam menjadi layu.
Langkah 2
3 Min
Kemudian pukul telur dan MAGGI® CukupRasa™ dalam mangkuk.
Langkah 3
2 Min
Panaskan mentega dalam kuali pada suhu sederhana. Masukkan telur dan masak sehingga seminit atau hingga bahagian bawah telur dadar mulai masak.
Langkah 4
3 Min
Angkat cendawan dan bayam, letakkan pada atas separuh daripada bancuhan telur tersebut.
Langkah 5
2 Min
Akhir sekali lipatkan sebelah telur ke atas isinya.
Komen 0