Sup Tang Hoon Dengan Isi Ketam, Telur Dan Bebola Ikan
26Min
Mudah
Mangkuk Panas Tanda Kebahagiaan dan Panjang Usia
2 inci
Halia
2 ulas
Bawang Merah
2 sudu kecil
Minyak Masak
1000 ml
Air
2 kiub
Kiub Pati Ikan Bilis MAGGI®
12
Bebola ikan
50 g
Isi ketam
LABEL UJIAN
50 g
Tang Hoon
LABEL UJIAN
2
Telur
2 tangkai
Daun Bawang
3 sudu besar
Bawang Goreng
.
Nilai pemakanan
Tenaga
202.27 kcal
Karbohidrat
19.12 g
Protein
10.32 g
Lemak
9.18 g
Maklumat setiap hidangan
Langkah Penyediaan
26 Minit
Langkah 1
5 Min
Mula-mula, panaskan minyak masak di dalam kuali. Setelah minyak panas, tumiskan halia dan bawang merah sehingga naik bau dan sedikit keperangan.
Langkah 2
10 Min
Kemudian, tuang air perlahan-lahan dan masukkan Kiub Pati Ikan Bilis MAGGI®. Biarkan ia mendidih.
Langkah 3
5 Min
Apabila sup telah mendidih, masukkan isi ketam, bebola ikan dan reneh di atas api yang sederhana selama 3 – 5 minit sehingga isi ketam dan bebola ikan masak sepenuhnya.
Langkah 4
2 Min
Kemudian, masukkan tang hoon dan reneh selama 1 -2 minit sehingga masak.
Langkah 5
2 Min
Selepas itu, tuang telur yang telah dipukul perlahan-lahan. Kacau dengan sudip dalam pusingan berpusar. Padamkan api apabila telur telah masak.
Langkah 6
1 Min
Sendukkan tang hoon dan bahan-bahan lain ke dalam mangkuk.
Langkah 7
1 Min
Hias dengan daun bawang yang dipotong dan bawang goreng sebelum dihidang.
Komen 0