Spageti Carbonara 20-minit
26Min
Mudah
Mudah disediakan, puas dinikmati bersama!
.
Nilai pemakanan
Tenaga
208.74 kcal
Karbohidrat
22.81 g
Protein
7.87 g
Lemak
9.48 g
Maklumat setiap hidangan
Langkah Penyediaan
26 Minit
Langkah 1
12 Min
Rebus spageti di dalam periuk mengikut masa di belakang paket spageti.
Langkah 2
1 Min
Bila spageti telah lembut, toskan dan hidangkan dalam mangkuk. Selepas itu tambahkan 2 sudu kecil minyak dan kacau lagi.
Langkah 3
1 Min
Kemudian, panaskan minyak dalam suhu sederhana dan masukkan bawang putih dan bawang merah. Kacau selama 1 minit.
Langkah 4
5 Min
Kemudian, masukkan sosej ayam dan biarkan ia masak.
Langkah 5
1 Min
Masukkan spageti yang telah direbus dan gaulkan di dalam kuali.
Langkah 6
5 Min
Kemudian masukkan krim masakan dan MAGGI® CukupRasa™ dan biarkan ia masak seketika.
Langkah 7
1 Min
Kacau dan ia siap untuk dinikmati!
Komen 0