Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
70 of 100
Seimbangkan hidangan anda
MyMenu IQ™
70 of 100
Seimbang
Hidangan anda seimbang
Back
Apakah maksud hidangan seimbang?

Hidangan seimbang terdiri daripada pelbagai kumpulan makanan dan nutrien penting.

MyMenu IQ™ memberikan skor nutrisi berdasarkan kandungan tenaga & nutrien dalam hidangan dan sumbangan dalam membantu mencapai saranan keperluan nutrisi harian dewasa 2000kcal/hari.

MyMenu IQ ™ membantu anda memilih menu seimbang pada skala dari 0 hingga 100, dengan fokus pada hidangan utama.

Apakah maksud skor MyMenu IQ™?
Tingkatkan keseimbangan hidangan anda (0 - 44)
Tingkatkan kesimbangan nutrisi menu ini untuk membantu anda mencapai saranan keperluan nutrien.
Sederhana (45 - 69)
Menu ini adalah seimbang dan membekalkan kepelbagaian dari segi kumpulan makanan dan nutrien penting.
Seimbang (70 - 100)
Menu ini adalah seimbang dan membekalkan kepelbagaian dari segi kumpulan makanan dan nutrien penting.
Skor MyMenu IQ™ merujuk kepada skor untuk resipi digital seperti terkandung di dalam laman web. Maklumat komposisi pemakanan untuk bahan-bahan adalah berdasarkan sumber dari pangkalan data komposisi makanan seperti USDA SR28, BLS32, Komposisi Makanan Malaysia, Komposisi Makanan Singapura dan juga label makanan.
Protein
29.8g / 49%
Pecahan kandungan tenaga menunjukkan jumlah makronutrien (iaitu karbohidrat, protein dan lemak) yang terkandung dalam satu hidangan dan sumbangan relatifnya (dalam%) terhadap jumlah kandungan tenaga hidangan.

Resipi Ayam Halia 20 Minit

0
21Min
Mudah
Nak hidangkan lauk ayam yang lazat dengan hanya beberapa langkah mudah? Resipi ayam masak halia ini dapat memberi anda sekeluarga sajian ayam goreng rangup dengan kombinasi rempah ratus yang mengasyikkan. Sediakan sahaja potongan dada ayam dan bahan-bahan tumisan yang sudah tersedia di dapur anda, seperti bawang besar, bawang putih, dan cili merah. Buat penggemar lauk pedas, anda juga boleh tambah kelazatan berapi dengan beberapa tangkai cili padi dalam ayam masak halia ini. Campuran potongan halia di dalam lauk ayam ini juga bukan sahaja dapat memberikan lauk ayam anda aroma pedas-pedas berangin yang sedap, malah ia juga dapat memberi anda manfaat kesihatan. Tahukah anda bahawa halia merupakan ramuan yang dapat melegakan kembung perut dan rasa mual dengan cepat? Usah telan bermacam-macam jenis ubat bila rasa tak sedap perut. Dengan resipi ayam masak halia ini, anda dapat menjamah sepinggan lauk yang lazat dihidang bersama nasi panas serta melegakan angin di perut. Cuba resipi ayam masak halia ini sekarang untuk hidangan lengkap dan berkhasiat dalam masa 20 minit sahaja.

Bahan-bahan

-
4 hidangan
+

Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 4 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan: Di sini

2  sudu besar
Minyak Jagung
500  g
Dada Ayam
1 
Bawang
5  cm
Halia
4  ulas
Bawang Putih
4  sudu besar
Sos Tiram MAGGI®
1  sudu kecil
Kicap Pekat
0.5  sudu kecil
Lada Putih
2 
Cili Merah
100  g
Daun Bawang

Tip dan petua

5 petua & tip terbaik kami untuk saiz bahagian yang disesuaikan.

Eksport bahan

Pilih dari senarai bahan bahan

Salinan
Bahan kini terdapat di papan keratan anda
.

Nilai pemakanan

Tenaga
242.32 kcal
Protein
29.83 g
Karbohidrat
10.82 g
Lemak
8.5 g
Maklumat setiap hidangan
Jom Masak

Langkah Penyediaan

21 Minit
Langkah 1
3 Min
Panaskan minyak masak, tumis bawang besar, halia dan bawang putih hingga naik bau.
Langkah 2
7 Min
Masukkan ayam dan goreng sehingga warna kekuningan dan garing.
Langkah 3
1 Min
Tambahkan Sos Tiram MAGGI®, kicap pekat dan serbuk lada putih.
Langkah 4
10 Min
Setelah kuah nampak pekat dan sekata. Tambah cili dan daun bawang. Gaul rata. Sedia untuk dihidang.
Resipi Ayam Halia 20 Minit

Langkah 1 daripada 4

: Minyak Jagung

Panaskan minyak masak, tumis bawang besar, halia dan bawang putih hingga naik bau.

Resipi Ayam Halia 20 Minit

Langkah 2 daripada 4

: Dada Ayam

Masukkan ayam dan goreng sehingga warna kekuningan dan garing.

Resipi Ayam Halia 20 Minit

Langkah 3 daripada 4

: Sos Tiram MAGGI®, Lada Putih

Tambahkan Sos Tiram MAGGI®, kicap pekat dan serbuk lada putih.

Resipi Ayam Halia 20 Minit

Langkah 4 daripada 4

: Cili Merah, Daun Bawang

Setelah kuah nampak pekat dan sekata. Tambah cili dan daun bawang. Gaul rata. Sedia untuk dihidang.

Resipi dalam PDF
Muat turun
Share with friends

Aktifkan video

Anda telah mengklik pautan pihak ketiga dan akan meninggalkan laman web maggi.ng. Perhatikan bahawa kami tidak mempunyai kawalan terhadap platform pihak ketiga tersebut dan tidak menyokong atau menerima tanggungjawab untuk mereka, termasuk kandungan, ketepatan atau fungsinya. Oleh itu, interaksi anda dengan platform terpaut ini adalah risiko anda sendiri. Kami tidak menerima tanggungjawab atau tanggungjawab untuk platform pihak ketiga tersebut dan terma dan syarat mereka. Baca lebih lanjut dalam Syarat Penggunaan kami di sini

Thank you for your rating!
Kami menantikan ulasan anda!

Anda sudah menilai resipi / produk ini

Klik pada bilangan bintang yang ingin anda berikan: semakin tinggi bilangannya, semakin baik penilaiannya.

Hantar
Asset 10

Komen 0

0/4000
Sila masukkan nama pengguna yang sah. Pastikan mengandungi 3-15 aksara. Aksara A hingga Z dan 0 hingga 9 dibenarkan.
Nama pengguna