Skip to Main Content
MAGGI® Malaysia
MAGGI® Malaysia
  • Resipi
  • Aktiviti
  • MAGGI®
  • Produk
  • MyMenu Plan
  • Cari
  • Log masuk
  • Tentang Kami
  • Dari Dapur Kami
  • Memupuk Generasi Muda
  • Idea Masakan 7 Hari MAGGI®
  • Masak-masak bersama Selebriti MAGGI®
  • Tips Dapur
Resepi Laksa Johor

Resepi Laksa Johor

(0)
61Min
Sederhana
Tambah ke Pelan Menu Saya

Anda perlukan akaun untuk terusakn

Sila login atau daftar akaun

Siapa sahaja yang tak kenal dengan makanan kegemaran rakyat Malaysia ini? Laksa sememangnya juadah popular yang digilai ramai sehingga ada yang sanggup membuat perjalanan jauh ke serata negara untuk menghirup dan menikmati rasa laksa asli. Terdapat pelbagai jenis dan adaptasi laksa di banyak tempat di negara kita. Laksa daripada lain-lain negeri semuanya ada ciri-ciri yang istimewa. Tetapi apa yang pasti ialah laksa memang disukai kerana kuahnya yang mempunyai kelazatan herba, rempah ratus, dan isi ikan yang disebatikan bersama untuk semangkuk hidangan yang enak dihirup. Jika anda tak mampu nak berjalan jauh-jauh, buat sahaja laksa di rumah dengan resipi laksa Johor kami. Dengan mi pasta sahaja, anda dapat hidangkan sajian laksa yang enak dan mudah tanpa memakan masa yang lama. Dalam resipi laksa Johor ini, herba dan rempah ratus seperti daun kesum, bunga kantan, dan serai akan menaikkan lagi kelazatan dan keaslian rasa laksa. Air rebusan ikan dan udang juga menjadi kuah laksa untuk inti pati rasa yang padu. Kuah laksa jugak dipekatkan lagi dengan tambahan isi ikan dan sedikit santan untuk rasa lemak manis dalam hidangan anda.

Bahan-bahan

6 hidangan

Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 6 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan:

ingredient_quantity
recipe ingredient
500  g
Ikan Kembung
100  g
Udang
2  L
Air
3  keping
Asam Jawa
1  batang
Bunga Kantan
3  sudu besar
Minyak Jagung
3  ulas
Bawang
4  ulas
Bawang Putih
0.5  inci
Lengkuas
1  batang
Serai
4  sudu besar
Pes Cili
4  sudu besar
Serbuk Kari
2  sudu besar
Udang Kering
1  L
Stok Ikan
100  ml
Santan Kelapa Cair LABEL UJIAN
1.5  sudu besar
MAGGI® CukupRasa™
2  sudu besar
Gula
500  g
Spageti
20  g
Taugeh
30  g
Kacang Panjang
2  keping
Daun Laksa / Daun Kesum
2  daun
Selasih
20  g
Bawang
30  g
Sambal Belacan
Salinan

Tip dan petua

5 petua & tip terbaik kami untuk saiz bahagian yang disesuaikan.

Eksport bahan

Pilih dari senarai bahan bahan

Salinan
.

Nilai pemakanan

Tenaga
585.97 kcal
Protein
37.23 g
Karbohidrat
76.69 g
Lemak
14.08 g
Maklumat setiap hidangan

Langkah Penyediaan

61 Minit
  • Langkah 1

    20 Min
    Mula-mula, panaskan periuk serta masukkan ikan kembung, udang, asam jawa dan juga bunga kantan bersama 2 liter air. Kemudian biarkan selama 20 minit sehingga ikan dan udang betul-betul masak.
  • Langkah 2

    15 Min
    Apabila sudah masak, leraikan isi ikan daripada tulang serta buang kulit udang dan ketepikan bersama air rebusan.
  • Langkah 3

    10 Min
    Kisarkan bawang, bawang putih, bersama lengkuas, serai dan juga udang kering yang direndam. Kemudian panaskan minyak di dalam periuk kecil, dan masukkan tumiskan sehingga wangi.
  • Langkah 4

    5 Min
    Masukkan sedikit pes cili bersama serbuk kari, kacau sehingga pecah minyak. Kemudian, masukkan stok ikan, santan kelapa cair, MAGGI® CukupRasa™ dan gula. Biarkan sehingga ia mendidih.
  • Langkah 5

    10 Min
    Seterusnya masukkan isi ikan yang dikisar tadi ke dalam periuk dan biarkan ia mendidih selama 10 minit sehingga kuah menjadi pekat.
  • Langkah 6

    1 Min
    Akhir sekali, masukkan spageti yang direbus ke dalam mangkuk dan tuangkan kuah di atasnya. Taburkan hiasan sayur, campurkan dengan sambal belacan dan limau. Nikmatinya bersama keluarga!
Resepi Laksa Johor

Langkah 1 daripada 6

: Udang, Ikan Kembung, Air, Bunga Kantan, Asam Jawa

Mula-mula, panaskan periuk serta masukkan ikan kembung, udang, asam jawa dan juga bunga kantan bersama 2 liter air. Kemudian biarkan selama 20 minit sehingga ikan dan udang betul-betul masak.

Resepi Laksa Johor

Langkah 2 daripada 6

Apabila sudah masak, leraikan isi ikan daripada tulang serta buang kulit udang dan ketepikan bersama air rebusan.

Resepi Laksa Johor

Langkah 3 daripada 6

: Minyak Jagung, Bawang, Bawang Putih, Lengkuas, Serai, Udang Kering

Kisarkan bawang, bawang putih, bersama lengkuas, serai dan juga udang kering yang direndam. Kemudian panaskan minyak di dalam periuk kecil, dan masukkan tumiskan sehingga wangi.

Resepi Laksa Johor

Langkah 4 daripada 6

: Santan Kelapa Cair, MAGGI® CukupRasa™, Pes Cili, Gula, Serbuk Kari, Udang Kering, Stok Ikan

Masukkan sedikit pes cili bersama serbuk kari, kacau sehingga pecah minyak. Kemudian, masukkan stok ikan, santan kelapa cair, MAGGI® CukupRasa™ dan gula. Biarkan sehingga ia mendidih.

Resepi Laksa Johor

Langkah 5 daripada 6

Seterusnya masukkan isi ikan yang dikisar tadi ke dalam periuk dan biarkan ia mendidih selama 10 minit sehingga kuah menjadi pekat.

Resepi Laksa Johor

Langkah 6 daripada 6

: Bawang, Kacang Panjang, Spageti, Taugeh, Sambal Belacan, Daun Laksa / Daun Kesum, Selasih

Akhir sekali, masukkan spageti yang direbus ke dalam mangkuk dan tuangkan kuah di atasnya. Taburkan hiasan sayur, campurkan dengan sambal belacan dan limau. Nikmatinya bersama keluarga!

Resipi dalam PDF

Share with friends

  • Facebook
  • Twitter
  • Pinterest
  • Whatsapp

Aktifkan video

Anda telah mengklik pautan pihak ketiga dan akan meninggalkan laman web maggi.ng. Perhatikan bahawa kami tidak mempunyai kawalan terhadap platform pihak ketiga tersebut dan tidak menyokong atau menerima tanggungjawab untuk mereka, termasuk kandungan, ketepatan atau fungsinya. Oleh itu, interaksi anda dengan platform terpaut ini adalah risiko anda sendiri. Kami tidak menerima tanggungjawab atau tanggungjawab untuk platform pihak ketiga tersebut dan terma dan syarat mereka. Baca lebih lanjut dalam Syarat Penggunaan kami di sini

Thank you for your rating!

Kami menantikan ulasan anda!

Anda sudah menilai resipi / produk ini

Klik pada bilangan bintang yang ingin anda berikan: semakin tinggi bilangannya, semakin baik penilaiannya.

Hantar

Komen 0

Please enter proper keywords 0/4000
Sila masukkan nama pengguna yang sah. Pastikan mengandungi 3-15 aksara. Aksara A hingga Z dan 0 hingga 9 dibenarkan.
Nama pengguna
Batal
Muat turun
Komen

Ketahui lebih lanjut

  • Asia
  • Bebas Babi
  • Brunch
  • Dengan ikan
  • Dengan pasta
  • Egg-Free
  • Hidangan bersama keluarga
  • Kawan
  • Keluarga
  • Makan malam
  • Makan tengah hari
  • Noodles dishes
  • Nuts / Peanuts-Free
  • Pasta / Noodles
  • Petang
  • Pot cooking
  • Sarapan pagi
  • Set makan
  • Tempatan

Untuk resipi yang lebih menarik

  • Kari Ayam

    Kari Ayam

    24 Min Sederhana
  • Nasi Daging Utara

    Nasi Daging Utara

    123 Min Sederhana
  • Ayam Paprik

    Ayam Paprik

    46 Min Mudah
  • Mi MAGGI Goreng Kari Mamak

    Mi MAGGI Goreng Kari Mamak

    15 Min Mudah

  • Facebook
  • Youtube
  • Instagram
  • Hubungi kami
  • Privacy Policy
  • Terma dan syarat
  • MS
  • EN