MyMenu IQ™
95
of 100
Seimbang
Hidangan anda seimbang
Hidangan seimbang terdiri daripada pelbagai kumpulan makanan dan nutrien penting.
MyMenu IQ™ memberikan skor nutrisi berdasarkan kandungan tenaga & nutrien dalam hidangan dan sumbangan dalam membantu mencapai saranan keperluan nutrisi harian dewasa 2000kcal/hari.
MyMenu IQ ™ membantu anda memilih menu seimbang pada skala dari 0 hingga 100, dengan fokus pada hidangan utama.
Gabungan sungguh lazat sayur dan telur yang lembut lagi gebu dengan resepi kacang panjang ini. Ratah saja pun sedap, apatah lagi kalau makan dengan nasi panas-panas!
Salah satu pelengkap sempurna bagi hidangan nasi berlauk adalah sayur-sayuran. Selain daging atau ayam, lauk sayur wajib ada untuk satu juadah yang memuaskan. Sebab itu resepi kacang panjang yang mudah ini perlu ada dalam menu anda kerana ia merupakan resepi sayur yang bukan sahaja sempoi, malah lazat dipadankan dengan mana-mana sajian. Selain daripada manfaat kacang panjang yang pelbagai untuk badan anda, ia juga dapat memberi anda sensasi rangup krup-krap ketika anda menikmati hidangan anda. Variasi tekstur dalam makanan amat penting untuk menaikkan selera dan nikmat dalam menjamu selera – nasi panas yang lembut bersama sayur kacang panjang yang rangup memang akan menjadi satu kombinasi yang enak dan menakjubkan. Kacang panjang juga merupakan pilihan sayur yang tahan lama. Jika anda ke pasar, pastikan anda beli beberapa ikat kacang panjang untuk disimpan di dalam peti sejuk untuk resepi ini. Berbanding sayuran daun seperti sawi dan kobis, kacang panjang tidak mudah layu atau rosak di dalam peti ais. Oleh itu, anda boleh cuba resepi kacang panjang ini tanpa perlu mengejar masa. Dengan beberapa bahan mudah sahaja, anda boleh menyediakan lauk sayur yang gerenti dapat memikat selera keluarga. Sediakan bahan-bahan resepi kacang panjang ini sekarang dan anda pasti takkan menyesal. Tak percaya? Cubalah sekarang!
Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 3 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan:
5 petua & tip terbaik kami untuk saiz bahagian yang disesuaikan.
Panaskan minyak, tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
Masukkan kacang panjang, tumis sebentar.
Masukkan lobak merah dan MAGGI CukupRasa, gaulkan sehingga rata.
Tuangkan telur di tengah. Gaulkan telur sehingga hancur.
Setelah telur hancur, gaulkan telur dan kacang panjang sehingga rata.
Anda telah mengklik pautan pihak ketiga dan akan meninggalkan laman web maggi.ng. Perhatikan bahawa kami tidak mempunyai kawalan terhadap platform pihak ketiga tersebut dan tidak menyokong atau menerima tanggungjawab untuk mereka, termasuk kandungan, ketepatan atau fungsinya. Oleh itu, interaksi anda dengan platform terpaut ini adalah risiko anda sendiri. Kami tidak menerima tanggungjawab atau tanggungjawab untuk platform pihak ketiga tersebut dan terma dan syarat mereka. Baca lebih lanjut dalam Syarat Penggunaan kami di sini
Thank you for your rating!
Kami menantikan ulasan anda!
Anda sudah menilai resipi / produk ini
Klik pada bilangan bintang yang ingin anda berikan: semakin tinggi bilangannya, semakin baik penilaiannya.
Hantar
Komen 1