MyMenu IQ™
75
of 100
Seimbang
Hidangan anda seimbang
Hidangan seimbang terdiri daripada pelbagai kumpulan makanan dan nutrien penting.
MyMenu IQ™ memberikan skor nutrisi berdasarkan kandungan tenaga & nutrien dalam hidangan dan sumbangan dalam membantu mencapai saranan keperluan nutrisi harian dewasa 2000kcal/hari.
MyMenu IQ ™ membantu anda memilih menu seimbang pada skala dari 0 hingga 100, dengan fokus pada hidangan utama.
Gorengan nasi gebu yang sungguh berasa bersama taburan sayur kecil empuk … enak betul dihidang panas-panas!
Siapa yang tak suka hidangan yang mudah untuk disediakan? Setelah sibuk dengan rutin harian, anda pasti mahu sajian lazat yang tidak menghabiskan banyak masa dan tenaga anda. Inilah sebab mengapa ramai orang memilih untuk menghidang nasi goreng sebagai menu pilihan seharian mereka. Tambahan pula, nasi goreng Cina memang sesuai untuk dijamah seisi keluarga, kerana selalunya ia tidak pedas dan sering digemari si kecil. Nasi goreng Cina pula memang amat versatil – campurkan sahaja bahan-bahan yang ada di dalam peti sejuk. Tak kisahlah sama ada kacang panjang, kacang botol, nuget, ataupun sosej, potong sahaja kesemuanya dan gaulkan sekali dengan tumisan telur dan bawang putih dalam resipi ini. Rupa nasi goreng Cina ini selalunya putih dengan warna-warni sayuran dan bahan campuran anda itu tadi. Warna ceria nasi goreng ini selalunya akan memikat selera ramai orang terutamanya kanak-kanak yang selalunya susah untuk memakan sebarang masakan yang ada sayuran. Walaupun nasi goreng Cina ini berwarna putih, tak semestinya ia tidak mempunyai rasa yang mantap. Tambahan sos tiram MAGGI® dan CukupRasa™ ini sudah memadai untuk menjadi pelengkap rasa yang padu untuk hidangan ini. Tak payah pening kepala menumbuk atau menghiris pelbagai bahan untuk dapatkan sepinggan nasi goreng yang panas dan sedap! Tak percaya? Cuba sekarang, dan pasti keluarga anda nak lagi.
Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 6 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan:
5 petua & tip terbaik kami untuk saiz bahagian yang disesuaikan.
Panaskan kuali dan masukkan minyak, tumiskan bawang putih bersama udang.
Masukkan telur, gaulkan sebentar. Gaul rata.
Masukkan kacang panjang, lobak merah, nasi, MAGGI CukupRasa, MAGGI Sos Tiram, gula dan lada putih. Gaulkan rata dan hidang panas.
Rasa nasi goreng Cina anda dahulu dan tambahkan CukupRasa™ atau garam mengikut citarasa. Hidang nasi goreng anda panas-panas.
Anda telah mengklik pautan pihak ketiga dan akan meninggalkan laman web maggi.ng. Perhatikan bahawa kami tidak mempunyai kawalan terhadap platform pihak ketiga tersebut dan tidak menyokong atau menerima tanggungjawab untuk mereka, termasuk kandungan, ketepatan atau fungsinya. Oleh itu, interaksi anda dengan platform terpaut ini adalah risiko anda sendiri. Kami tidak menerima tanggungjawab atau tanggungjawab untuk platform pihak ketiga tersebut dan terma dan syarat mereka. Baca lebih lanjut dalam Syarat Penggunaan kami di sini
Thank you for your rating!
Kami menantikan ulasan anda!
Anda sudah menilai resipi / produk ini
Klik pada bilangan bintang yang ingin anda berikan: semakin tinggi bilangannya, semakin baik penilaiannya.
Hantar
Komen 0