Skip to Main Content
MAGGI® Malaysia
MAGGI® Malaysia
  • Resipi
  • Aktiviti
  • MAGGI®
  • Produk
  • MyMenu Plan
  • Cari
  • Log masuk
  • Tentang Kami
  • Dari Dapur Kami
  • Memupuk Generasi Muda
  • Idea Masakan 7 Hari MAGGI®
  • Masak-masak bersama Selebriti MAGGI®
  • Tips Dapur
Nasi Goreng Ala Korea
80 of 100
Seimbangkan hidangan anda
X
MyMenu IQ™
80 of 100
Seimbang
Hidangan anda seimbang

Seimbangkan hidangan anda

Pencuci mulut
Tambah
Lihat Kombinasi Resipi
Nikmati hidangan anda!
Back

Ingin tahu lebih mengenai MyMenu IQ™?

Apakah maksud hidangan seimbang?

Hidangan seimbang terdiri daripada pelbagai kumpulan makanan dan nutrien penting.

MyMenu IQ™ memberikan skor nutrisi berdasarkan kandungan tenaga & nutrien dalam hidangan dan sumbangan dalam membantu mencapai saranan keperluan nutrisi harian dewasa 2000kcal/hari.

MyMenu IQ ™ membantu anda memilih menu seimbang pada skala dari 0 hingga 100, dengan fokus pada hidangan utama.

Apakah maksud skor MyMenu IQ™?
Tingkatkan keseimbangan hidangan anda (0 - 44)
Tingkatkan kesimbangan nutrisi menu ini untuk membantu anda mencapai saranan keperluan nutrien.
Sederhana (45 - 69)
Menu ini adalah seimbang dan membekalkan kepelbagaian dari segi kumpulan makanan dan nutrien penting.
Seimbang (70 - 100)
Menu ini adalah seimbang dan membekalkan kepelbagaian dari segi kumpulan makanan dan nutrien penting.
Skor MyMenu IQ™ merujuk kepada skor untuk resipi digital seperti terkandung di dalam laman web. Maklumat komposisi pemakanan untuk bahan-bahan adalah berdasarkan sumber dari pangkalan data komposisi makanan seperti USDA SR28, BLS32, Komposisi Makanan Malaysia, Komposisi Makanan Singapura dan juga label makanan.

Apakah maksud pecahan kandungan tenaga?

Protein
17g / 17%
Pecahan kandungan tenaga menunjukkan jumlah makronutrien (iaitu karbohidrat, protein dan lemak) yang terkandung dalam satu hidangan dan sumbangan relatifnya (dalam%) terhadap jumlah kandungan tenaga hidangan.
x
MyMenu IQ™

Nasi Goreng Ala Korea

+

Nasi Goreng Ala Korea

Kembali

Nasi Goreng Ala Korea

(0)
20Min
Sederhana
Tambah ke Pelan Menu Saya

Anda perlukan akaun untuk terusakn

Sila login atau daftar akaun

Annyeong! Pernah tak masa korang tengok K-Drama, lepas tu ada nampak makanan-makanan sedap yang mereka makan dalam drama tu? Teringin nak rasa? Jangan risau, kat Malaysia pun makanan Korea yang halal seperti ramyeon, bulgogi, kimchi dan banyak lagi, sudah pun menjadi trend dan sangat mudah untuk mendapatkannya. Di samping itu, ada juga resipi Korea yang digabungkan dengan resipi tempatan, contohnya nasi goreng. Maka, jadilah nasi goreng ala Korea. Kita semua tahu bahawa nasi goreng merupakan hidangan yang sangat popular di Malaysia, tidak kira nasi goreng kampung atau nasi goreng Pattaya. Namun, kini nasi goreng ala Korea juga menjadi kegemaran ramai. Ini kerana rasanya yang masam-masam pedas memang kena dengan selera orang Malaysia. Senang sahaja nak sediakan nasi goreng ala Korea ini. Mula-mula, anda perlu sediakan bahan-bahan seperti bawang merah, bawang putih, ikan bilis, cili padi, serbuk cili, sos ikan, cuka, kubis cina, lobak merah, ayam, nasi, gula, rumpai laut, daun bawang, daun salad, timun, keju cair dan telur goreng. Pertama sekali, tumbuk bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan cili padi hingga sebati dan sehingga menjadi pes. Masukkan serbuk cili, sos ikan, dan cuka dan gaulkan sehingga sebati menjadi pes. Seterusnya dalam mangkuk, masukkan separuh pes yang ditumbuk tadi. Gaulkan pes bersama kubis cina dan lobak merah. Ketepikan. Kemudian, panaskan kuali dan tumis bahagian putih daun bawang. Masukkan separuh pes yang ditumbuk dan tumis sehingga naik bau. Masukkan hirisan ayam dan kacau rata. Masukkan pula adunan kobis tadi dan tumis sebentar hingga naik bau. Masukkan 4 cawan nasi, 1/2 sudu kecil gula dan 2 sudu kecil MAGGI® CukupRasa™.Campurkan rumpai laut dan tumis sebentar. Akhir sekali, taburkan hirisan daun bawang dan hidangkan bersama daun salad, hirisan timun, keju cair dan telur goreng. Daebak! Sudah pun siap nasi goreng ala Korea anda! Resepi nasi goreng ala Korea ini sangat sesuai untuk mereka yang suka makan hidangan masam-masam pedas. Gabungan rasa unik dan kepedasan dari cili padi membuatkan hidangan ini memiliki cita rasa yang sangat istimewa. Anda boleh cuba resepi nasi goreng ala Korea ini di rumah dan masak bersama keluarga atau rakan-rakan. Apa perubahan anda hari ini? Dengan MAGGI® CukupRasa™ anda boleh sajikan pelbagai resipi baru untuk keluarga. Yang penting anda mencuba. Jom, masak hari ini!

Bahan-bahan

6

Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 6 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan:

ingredient_quantity
recipe ingredient
2 
Bawang Merah
6  ulas
Bawang Putih
3  tangkai
Cili Padi
1  sudu besar
Ikan Bilis
2  sudu besar
Serbuk Cili
1  sudu besar
Sos Ikan
4  sudu besar
Cuka
1  sudu kecil
MAGGI® CukupRasa™
200  g
Kubis Cina
1 
Lobak Merah
3  sudu besar
Minyak Masak
2  tangkai
Daun Bawang
200  g
Dada Ayam
4  cawan
Nasi
0.5  sudu kecil
Gula
2  sudu kecil
MAGGI® CukupRasa™
0.25  cawan
Rumpai Laut
0.5  cawan
Keju Mozzarella
6 
Telur
12  daun
Lettuce, Hijau Leaf, Mentah
0.5 
Timun
Salinan

Tip dan petua

5 petua & tip terbaik kami untuk saiz bahagian yang disesuaikan.

Eksport bahan

Pilih dari senarai bahan bahan

Salinan
.

Nilai pemakanan

Tenaga
419.19 kcal
Protein
16.97 g
Karbohidrat
51.54 g
Lemak
15.92 g
Maklumat setiap hidangan

Langkah Penyediaan

20 Minit
  • Langkah 1

    5 Min
    Menggunakan lesung. Tumbuk bawang merah, bawang putih, ikan bilis, cili api hingga sebati dan menjadi pes.
  • Langkah 2

    3 Min
    Masukkan serbuk cili, sos ikan dan cuka. Gaul sebati. Dalam mangkuk, masukkan separuh pes yang ditumbuk dan MAGGI CukupRasa, gaulkan pes dengan kubis cina dan lobak merah. Ketepikan.
  • Langkah 3

    4 Min
    Panaskan kuali, tumis bahagian putih daun bawang, masukkan separuh pes yang ditumbuk dan tumis hingga naik bau. Masukkan ayam, kacau rata.
  • Langkah 4

    6 Min
    Masukkan adunan kobis kacau, tumis sebentar hingga naik bau. masukkan nasi, gula, dan MAGGI CukupRasa. Campurkan rumpai laut dan tumis sebentar.
  • Langkah 5

    2 Min
    Taburkan hirisan daun bawang, hidangkan bersama salad, hirisan timun, keju cair dan telur goreng.
Nasi Goreng Ala Korea

Langkah 1 daripada 5

Menggunakan lesung. Tumbuk bawang merah, bawang putih, ikan bilis, cili api hingga sebati dan menjadi pes.

Nasi Goreng Ala Korea

Langkah 2 daripada 5

Masukkan serbuk cili, sos ikan dan cuka. Gaul sebati. Dalam mangkuk, masukkan separuh pes yang ditumbuk dan MAGGI CukupRasa, gaulkan pes dengan kubis cina dan lobak merah. Ketepikan.

Nasi Goreng Ala Korea

Langkah 3 daripada 5

Panaskan kuali, tumis bahagian putih daun bawang, masukkan separuh pes yang ditumbuk dan tumis hingga naik bau. Masukkan ayam, kacau rata.

Nasi Goreng Ala Korea

Langkah 4 daripada 5

Masukkan adunan kobis kacau, tumis sebentar hingga naik bau. masukkan nasi, gula, dan MAGGI CukupRasa. Campurkan rumpai laut dan tumis sebentar.

Nasi Goreng Ala Korea

Langkah 5 daripada 5

Taburkan hirisan daun bawang, hidangkan bersama salad, hirisan timun, keju cair dan telur goreng.

Resipi dalam PDF

Share with friends

  • Facebook
  • Twitter
  • Pinterest
  • Whatsapp

Aktifkan video

Anda telah mengklik pautan pihak ketiga dan akan meninggalkan laman web maggi.ng. Perhatikan bahawa kami tidak mempunyai kawalan terhadap platform pihak ketiga tersebut dan tidak menyokong atau menerima tanggungjawab untuk mereka, termasuk kandungan, ketepatan atau fungsinya. Oleh itu, interaksi anda dengan platform terpaut ini adalah risiko anda sendiri. Kami tidak menerima tanggungjawab atau tanggungjawab untuk platform pihak ketiga tersebut dan terma dan syarat mereka. Baca lebih lanjut dalam Syarat Penggunaan kami di sini

Thank you for your rating!

Kami menantikan ulasan anda!

Anda sudah menilai resipi / produk ini

Klik pada bilangan bintang yang ingin anda berikan: semakin tinggi bilangannya, semakin baik penilaiannya.

Hantar

Komen 0

Please enter proper keywords 0/4000
Sila masukkan nama pengguna yang sah. Pastikan mengandungi 3-15 aksara. Aksara A hingga Z dan 0 hingga 9 dibenarkan.
Nama pengguna
Batal
Muat turun
Komen

Ketahui lebih lanjut

  • Asia
  • Bebas Babi
  • Bowl
  • Brunch
  • Chicken
  • Hari minggu
  • Hidangan utama
  • Hujung minggu
  • Inspiriences
  • Kawan
  • Keluarga
  • Korea
  • Makan malam
  • Makan tengah hari
  • Nuts / Peanuts-Free
  • Peti makan tengah hari dewasa
  • Peti makan tengah hari kanak-kanak
  • Rice
  • Rice dishes
  • Sesuai untuk Keluarga
  • Stir-fried
  • Tahun Baru
  • Treenut-Free
  • Veggies
  • Wok

Untuk resipi yang lebih menarik

  • Resepi Tumisan Kacang Panjang Dan Telur

    Resepi Tumisan Kacang Panjang Dan Telur

    20 Min Mudah
  • Nasi Arab Masyhur Bersama Ayam

    Nasi Arab Masyhur Bersama Ayam

    66 Min Sederhana
  • Mi MAGGI Bebola Ayam

    Mi MAGGI Bebola Ayam

    15 Min Mudah
  • Ayam Mentega 20 Minit

    Ayam Mentega 20 Minit

    30 Min Mudah

  • Facebook
  • Youtube
  • Instagram
  • Hubungi kami
  • Privacy Policy
  • Terma dan syarat
  • MS
  • EN