Hidangan seimbang terdiri daripada pelbagai kumpulan makanan dan nutrien penting.
MyMenu IQ™ memberikan skor nutrisi berdasarkan kandungan tenaga & nutrien dalam hidangan dan sumbangan dalam membantu mencapai saranan keperluan nutrisi harian dewasa 2000kcal/hari.
MyMenu IQ ™ membantu anda memilih menu seimbang pada skala dari 0 hingga 100, dengan fokus pada hidangan utama.
Apakah maksud skor MyMenu IQ™?
Tingkatkan keseimbangan hidangan anda
(0 - 44)
Tingkatkan kesimbangan nutrisi menu ini untuk membantu anda mencapai saranan keperluan nutrien.
Sederhana
(45 - 69)
Menu ini adalah seimbang dan membekalkan kepelbagaian dari segi kumpulan makanan dan nutrien penting.
Seimbang
(70 - 100)
Menu ini adalah seimbang dan membekalkan kepelbagaian dari segi kumpulan makanan dan nutrien penting.
Skor MyMenu IQ™ merujuk kepada skor untuk resipi digital seperti terkandung di dalam laman web. Maklumat komposisi pemakanan untuk bahan-bahan adalah berdasarkan sumber dari pangkalan data komposisi makanan seperti USDA SR28, BLS32, Komposisi Makanan Malaysia, Komposisi Makanan Singapura dan juga label makanan.
Pecahan kandungan tenaga menunjukkan jumlah makronutrien (iaitu karbohidrat, protein dan lemak) yang terkandung dalam satu hidangan dan sumbangan relatifnya (dalam%) terhadap jumlah kandungan tenaga hidangan.
Juadah ini memang terkenal sekali di restoran-restoran mamak tempatan. Selalunya bila orang-orang muda melepak dan meluangkan masa bersama-sama di luar, menu ini sering dipesan kerana satu pinggan sahaja sudah dapat memberikan kepuasan kepada selera tekak orang ramai. Lebih-lebih lagi apabila hidangan ini tak memakan masa untuk tiba di meja. Selepas buat pesanan, hidangan akan sampai tak lama kemudian untuk kita menjamu selera.
Tetapi dengan resipi MAGGI® goreng ayam kicap yang mudah dan ringkas ini, anda tak perlu lagi tunggu lepak di mamak untuk menikmati sajian lazat ini. Buat sahaja di rumah dengan beberapa bahan mudah dan produk mi segera MAGGI® kegemaran anda. Resipi ini sememangnya mudah sekali, sesuai juga buat anda yang kesuntukan masa untuk menyiapkan makan malam, sama ada sebagai makanan harian, juadah berbuka, dan lain-lain. Hanya dengan sepeket mi MAGGI® 2 Minit Ayam dan ramuan asas seperti bawang merah dan bawang putih, anda sendiri boleh menjamu selera dengan mi goreng segera ini.
Resipi MAGGI® goreng ayam ini memang amat mudah sekali. Tumisan bawang merah dan bawang putih disebatikan dengan perencah mi segera MAGGI® sebagai asas perasa untuk sepinggan mi dengan rasa yang cukup lengkap. Setelah sebati, anda jatuhkan sahaja mi segera yang telah direndam dan ditos untuk digaul sekali dengan perencah yang telah ditumis dengan bahan-bahan tadi. Mahukan sedikit kick yang pedas dalam mi goreng ayam segera ini? Tambahkan sahaja beberapa biji cili padi dalam bahan tumisan untuk sedikit kelazatan berapi dalam hidangan anda.
Buat MAGGI® goreng ayam dengan stail dan citarasa anda sendiri. Gerenti dapat memuaskan selera anda dengan mudah dan pantas.
Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 6 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan:
Di sini
Anda telah mengklik pautan pihak ketiga dan akan meninggalkan laman web maggi.ng. Perhatikan bahawa kami tidak mempunyai kawalan terhadap platform pihak ketiga tersebut dan tidak menyokong atau menerima tanggungjawab untuk mereka, termasuk kandungan, ketepatan atau fungsinya. Oleh itu, interaksi anda dengan platform terpaut ini adalah risiko anda sendiri. Kami tidak menerima tanggungjawab atau tanggungjawab untuk platform pihak ketiga tersebut dan terma dan syarat mereka. Baca lebih lanjut dalam Syarat Penggunaan kami di sini
Thank you for your rating!
Kami menantikan ulasan anda!
Anda sudah menilai resipi / produk ini
Klik pada bilangan bintang yang ingin anda berikan: semakin tinggi bilangannya, semakin baik penilaiannya.
Komen 0