Ikan Kukus Tom Yam MAGGI
67Min
Sederhana
Ikan kukus ala Thai yang lazat dan menyihatkan!
500 g
Ikan Siakap
1 sudu kecil
MAGGI® CukupRasa™
1 sudu besar
Minyak Masak
100 ml
Air
1 kiub
Kiub Pati Tom Yam MAGGI®
4 keping
Daun Limau Purut
1 sudu besar
Gula
2 sudu besar
Jus Limau Nipis
2
Cili Merah
2 tangkai
Cili Kering
3
Bawang Kecil
3 ulas
Bawang Putih
1 batang
Serai
3 cm
Lengkuas
2
Tomato
5
Bendi
1
Bawang Besar
4 keping
Limau
3 tangkai
Daun Ketumbar
3
Cili Padi
1 batang
Serai
.
Nilai pemakanan
Tenaga
199.54 kcal
Karbohidrat
11.85 g
Protein
24.88 g
Lemak
5.78 g
Maklumat setiap hidangan
Langkah Penyediaan
67 Minit
Langkah 1
30 Min
Perap ikan siakap dengan MAGGI® CukupRasa™ selama 30 minit ke 1 jam.
Langkah 2
5 Min
Di atas kuali, tuang 1 sudu besar minyak masak dan tumis kesemua bahan kisar – cili merah, cili kering, bawang kecil, bawang putih, serai dan lengkuas, bersama daun limau purut hingga naik bau.
Langkah 3
3 Min
Tuangkan air dan masukkan Kiub Stok Tom Yam MAGGI®. Letak gula, jus limau nipis dan tambahkan MAGGI® CukupRasa™ jika mahu. Tutup api.
Langkah 4
2 Min
Letak ikan siakap di atas pinggan yang tahan panas. Susun tomato, kacang bendi dan bawang merah bersama ikan. Tuang kuah Tom Yam di atasnya.
Langkah 5
25 Min
Kukus dengan suhu tinggi selama 20 – 25 minit atau sehingga ikan masak sempurna.
Langkah 6
1 Min
Akhir sekali, taburkan hirisan limau, cili padi potong, hirisan serai dan daun ketumbar di atas hidangan.
Langkah 7
1 Min
Memang sedap dimakan bersama nasi panas.
Komen 0