Ikan Kerapu Kukus
25Min
Mudah
Keempukan isi ikan dengan kuah yang lazat dihirup, cukup mengiurkan!
.
Nilai pemakanan
Tenaga
312.53 kcal
Karbohidrat
17.59 g
Protein
35.83 g
Lemak
12.57 g
Maklumat setiap hidangan
Langkah Penyediaan
25 Minit
Langkah 1
1 Min
Panaskan ketuhar Cubie, tetapkan mod STEAM, tekan SET dengan suhu 150˚C dan START.
Langkah 2
2 Min
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ikan untuk 1- 2 minit serta alihkan.
Langkah 3
1 Min
Kemudian ketuhar akan berbunyi sebanyak tiga kali dan ikon “√” terpapar menunjukkan ia sudah panas.
Langkah 4
10 Min
Letakkan ikan ke dalam periuk atau pinggan besar, taburkan daun bawang dan masukkan ke dalam ketuhar Cubie di bahagian bawah dan tetapkan masa selama 10 minit barulah tekan START.
Langkah 5
5 Min
Manakala didihkan air, halia dan Kiub Ikan Bilis MAGGI®. Celurkan lobak ,tauhu, keladi, kubis cina, kulat hitam, tomato dan susu dalam air rebusan dan alihkan.
Langkah 6
5 Min
Angkat ikan dan tambah air rebusan. Masak sehingga 5 minit dengan air rebusan sayur-sayuran.
Langkah 7
1 Min
Dihidang panas.
Komen 0