
Ikan Gulung Kukus Dengan Sos Abalone
Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 10 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan: Di sini
Tip dan petua
5 petua & tip terbaik kami untuk saiz bahagian yang disesuaikan.
Nilai pemakanan
Langkah Penyediaan
Langkah 1
120 MinLangkah 2
1 MinLangkah 3
5 MinLangkah 4
10 MinLangkah 5
5 MinLangkah 6
1 MinLangkah 7
30 MinLangkah 8
10 MinLangkah 9
1 MinLangkah 10
1 MinLangkah 11
1 MinLangkah 12
6 MinLangkah 13
1 Min
Langkah 1 daripada 13
Masukkan air secukupnya ke dalam slow cooker, kemudian satu tin abalone dan biarkan ia mereneh dalam suhu yang ditetapkan HIGH dalam 2- 3 jam untuk menaikkan rasa dan teksturnya.

Langkah 2 daripada 13
Kemudian, alihkan dan biarkan sejuk.

Langkah 3 daripada 13
Bagi penyediaan sos pula, didihkan air bersama Stok Ayam MAGGI® Stock, Sos Tiram MAGGI® dan cendawan shitake menggunakan induction cooker. Tekan START dan pilih MAX.

Langkah 4 daripada 13
Bila pati sudah mendidih, kurangkan suhu kepada tahap 4 –5 dan biarkan ia mereneh. Pastikan cendawan sudah masak dan sekiranya belum, tambah air dan masak lebih lama.

Langkah 5 daripada 13
Masukkan goji berries bila cendawan telah masak dan biarkan ia mereneh untuk beberapa minum sebelum masukkan perasa.

Langkah 6 daripada 13
Pekatkan kuah dengan tepung jagung. Biarkan ia panas dalam induction cooker pada tahap 1.

Langkah 7 daripada 13
Kemudian potong kepingan ikan kepada 13 x 4 cm. Gaulkan bersama telur putih dan MAGGI® CukupRasa™. Perap beberapa minit.

Langkah 8 daripada 13
Potong isi sumbat lebih kurang 4cm panjang. Bahagikan sayur dan abalone sama rata untuk setiap ikan. Letakkan sayur dan abalone atas ikan dan gulung kemas-kemas. Ikan gulungan ikan dengan carikan daun bawang agar tidak terbuka.

Langkah 9 daripada 13
Masukkan air ke dalam Cubie Oven, pilih mod HEALTHY STEAM dan tekan SET. Tetapkan suhu kepada 150 ̊C dan tekan START.

Langkah 10 daripada 13
Kemudian, letakkan potongan halia tadi di atas pinggan bersama satu gulungan ikan. Barulah susun semua gulungan ikan lain di atas pinggan tadi.

Langkah 11 daripada 13
Selepas panaskan ketuhar, ia akan berbunyi sebanyak 3 kali dan ikon “√” akan terpapar

Langkah 12 daripada 13
Barulah masukkan ikan gulung tadi dan letakkan ia di atas dulang logam yang sedia ada dan tetapkan masa kepada 6 minit. Tekan butang START.

Langkah 13 daripada 13
Selepas ikan selesai, keluarkan dari ketuhar. Susunkan 1 biji cendawan pada setiap kepinga ikan. Tuangkan sos.
Resipi dalam PDF
Muat turunAktifkan video
Anda telah mengklik pautan pihak ketiga dan akan meninggalkan laman web maggi.ng. Perhatikan bahawa kami tidak mempunyai kawalan terhadap platform pihak ketiga tersebut dan tidak menyokong atau menerima tanggungjawab untuk mereka, termasuk kandungan, ketepatan atau fungsinya. Oleh itu, interaksi anda dengan platform terpaut ini adalah risiko anda sendiri. Kami tidak menerima tanggungjawab atau tanggungjawab untuk platform pihak ketiga tersebut dan terma dan syarat mereka. Baca lebih lanjut dalam Syarat Penggunaan kami di sini
Thank you for your rating!
Kami menantikan ulasan anda!
Anda sudah menilai resipi / produk ini
Klik pada bilangan bintang yang ingin anda berikan: semakin tinggi bilangannya, semakin baik penilaiannya.
Komen 0