Tips nutrisi
-
Petua Ekstra
Untuk hidangan lebih seimbang, tambahkan sayur-sayuran seperti daun salad atau tomato.
Hidangan seimbang terdiri daripada pelbagai kumpulan makanan dan nutrien penting.
MyMenu IQ™ memberikan skor nutrisi berdasarkan kandungan tenaga & nutrien dalam hidangan dan sumbangan dalam membantu mencapai saranan keperluan nutrisi harian dewasa 2000kcal/hari.
MyMenu IQ ™ membantu anda memilih menu seimbang pada skala dari 0 hingga 100, dengan fokus pada hidangan utama.
Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 8 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan:
5 petua & tip terbaik kami untuk saiz bahagian yang disesuaikan.
Masukkan beras, halia, bawang kecil, minyak jagung, MAGGI® CukupRasa™, santan kelapa, air dan daun pandan ke dalam periuk nasi.
Kacau sehingga rata dan biar hingga masak.
Panaskan kuali, tuangkan minyak bawang merah yang dikisar hingga garing. Masukkan MAGGI Sambal Tumis. Tumis sehingga pecah minyak.
Masukkan udang, pes asam jawa dan gula dan tumiskan sambal hingga pekat dan pecah minyak. Pastikan udang masak.
Teruskan menumis sekurang-kurangnya hingga 10 minit pada api sederhana.
Ketepikan.
Perapkan ayam dengan santan kelapa dalam mangkuk selama 30 minit.
Campurkan tepung gandum, tepung beras dan MAGGI® CukupRasa™ dalam mangkuk lain.
Panaskan minyak, celupkan ayam diperap dalam campuran tepung dan goncang sedikit bagi hilangkan tepung berlebihan pada ayam.
Gorengkan ayam hingga keemasan.
Panaskan kuali leper dan gorengkan telur mata. Ketepikan.
Sendukkan nasi lemak yang agak sejuk ke dalam mangkuk dan tambahkan 1 sudu besar tepung ubi. Gaulkan.
Ambil bekas atau acuan bulat dan tambah 2-3 senduk nasi ke dalamnya. Padatkan mengikut acuan.
Ulang sehingga nasi habis (bekas/acuan besar akan memperolehi kira-kira 3 set ‘roti’ burger dan satu bersaiz kecil).
Letakkan ‘roti’ burger di atas pinggan dan sapukan 1 sudu besar sambal ke atasnya. Lapiskan dengan ayam goreng, tambah lagi sambal. Tambahkan timun, telur mata, ikan bilis goreng dan kacang tanah.
Selesaikan dengan meletak satu lagi ‘roti’. Hidangkan panas-panas.
Anda telah mengklik pautan pihak ketiga dan akan meninggalkan laman web maggi.ng. Perhatikan bahawa kami tidak mempunyai kawalan terhadap platform pihak ketiga tersebut dan tidak menyokong atau menerima tanggungjawab untuk mereka, termasuk kandungan, ketepatan atau fungsinya. Oleh itu, interaksi anda dengan platform terpaut ini adalah risiko anda sendiri. Kami tidak menerima tanggungjawab atau tanggungjawab untuk platform pihak ketiga tersebut dan terma dan syarat mereka. Baca lebih lanjut dalam Syarat Penggunaan kami di sini
Thank you for your rating!
Kami menantikan ulasan anda!
Anda sudah menilai resipi / produk ini
Klik pada bilangan bintang yang ingin anda berikan: semakin tinggi bilangannya, semakin baik penilaiannya.
Hantar
Komen 0