Ayam Percik Panggang Pedas
205Min
Sederhana
Ayam panggang yang disaluti kuah santan pedas yang lemak berkrim. Hidangan ayam yang digemari semua.
500 g
Paha Ayam
2
Bawang
2 ulas
Bawang Putih
1 sudu besar
Halia
2 tangkai
Serai
1 sudu besar
Serbuk Ketumbar
1 sudu besar
Serbuk Jintan Manis
2 sudu kecil
MAGGI® CukupRasa™
200 ml
Santan
9
Bawang Merah
1 ulas
Bawang Putih
1 cm
Halia
1 tangkai
Serai
4 g
Cili Kering
1 sudu besar
Jus Asam Jawa
1 sudu besar
Gula
15 g
MAGGI® CukupRasa™
400 ml
Air
.
Nilai pemakanan
Tenaga
452.05 kcal
Karbohidrat
16.39 g
Protein
23.71 g
Lemak
33.15 g
Maklumat setiap hidangan
Langkah Penyediaan
205 Minit
Langkah 1
5 Min
Untuk perapan, campurkan kisaran bawang merah, bawang putih, halia dan serai bersama serbuk ketumbar dan jintan manis serta 2 sudu kecil MAGGI® CukupRasa™.
Langkah 2
120 Min
Kemudian curahkan kuah perapan pada ayam, biarkan ia disaluti sekata dan diperap lebih kurang 2 jam.
Langkah 3
20 Min
Selepas itu, dalam kuali bersaiz sederhana, masukkan santan, kisaran bawang merah, bawang putih, halia, serai dan kisaran cili kering bersama jus asam jawa, gula dan 1sudu besar MAGGI® CukupRasa™. Biarkan ia mendidih dengan api kecil dan masak sehingga kuah tadi menjadi pekat dan pecah minyak.
Langkah 4
60 Min
Salutkan seluruh ayam dengan kuah yang telah dimasak dan alihkan ke dalam bekas pemanggang. Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 425 °F. Bakar ayam lebih kurang 45-60 minit. Tempoh memasak boleh ditambah hingga anda puas hati dengan teksturnya.
Komen 0