Ayam Masak Serai
46Min
Sederhana
Kelazatan ayam bersalut rasa & aroma serai mengancam!
.
Nilai pemakanan
Tenaga
255.56 kcal
Karbohidrat
6.22 g
Protein
14.74 g
Lemak
18.98 g
Maklumat setiap hidangan
Langkah Penyediaan
46 Minit
Langkah 1
3 Min
Dalam mangkuk, gaulkan ayam dan Sos Tiram MAGGI®.
Langkah 2
20 Min
Perapkan selama 15 – 20 minit sementara, menyediakan bahan yang seterusknya.
Langkah 3
10 Min
Panaskan minyak dan gorengkan ayam sehingga separuh masak. Ketepikan.
Langkah 4
7 Min
Mengunakan minyak yang sama, tumiskan bahan yang ditumbuk (bawang kecil, bawang putih, cili merah, cili padi merah, serai, daun limau purut) sehingga pecah minyak.
Langkah 5
5 Min
Masukkan ayam, kicap manis, sos Tiram MAGGI®, sos ikan dan gula. Gaulkan sehingga rata.
Langkah 6
1 Min
Hidangkan panas.
Komen 0