Ayam Madu Ala Bbq MAGGI
408Min
Sederhana
500 g
Dada Ayam
LABEL UJIAN
1 cawan
Air
1
Timun
2 sudu besar
Sos Tiram MAGGI®
1 sudu besar
Sos Tomato MAGGI®
1 sudu kecil
MAGGI® CukupRasa™
1 sudu kecil
Kicap Pekat
2 sudu kecil
Kicap Cair
2 sudu besar
Madu
2 sudu besar
Gula Perang
0.5 sudu kecil
Serbuk 5 Rempah
.
Nilai pemakanan
Tenaga
164.07 kcal
Karbohidrat
17.28 g
Protein
20.18 g
Lemak
1.49 g
Maklumat setiap hidangan
Langkah Penyediaan
408 Minit
Langkah 1
5 Min
Untuk bahan perapan, campurkan Sos Tiram Maggi®, Sos Tomato Maggi®, MAGGI® CukupRasa ™, kicap pekat, kicap cair, madu, gula perang dan serbuk lima rempah di dalam satu mangkuk.
Langkah 2
3 Min
Kemudian masukkan ayam dalam bahan perapan dan salut ayam dengan teliti.
Langkah 3
300 Min
Selepas ayam disalut dengan bahan perapan, masukkan ayam dalam bekas bertutup atau beg berzip dan masukkan ke dalam peti sejuk. Perapkan selama sekurang-kurangnya 5 jam, sebaik-baiknya semalaman.
Langkah 4
2 Min
Bila ayam sudah sedia untuk masak, pindahkan ayam dan bahan perapan ke dalam kuali atau periuk dan tuangkan secawan air.
Langkah 5
60 Min
Masak pada suhu sederhana selama 45 minit ke satu jam, balikkan filet ayam setiap 10 minit atau sehingga ayam menjadi empuk. Tambah air jika perlu.
Langkah 6
2 Min
Bila ayam dah siap, alihkan ke bekas pembakar yang dialas dengan foil aluminium.
Langkah 7
20 Min
Terus renehkan kuah dengan api sederhana sehingga ia menjadi sos agak pekat. Kemudian, tutup api.
Langkah 8
15 Min
Kini, masa untuk membakar ayam. Bakar selama 10-15 minit dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200 ° C pada fungsi panggang sehingga rupa panggang yang diingini. Kalau anda suka, boleh sadurkan dengan madu tambahan dan kuah, sebelum ayam dikeluarkan dari ketuhar.
Langkah 9
1 Min
Bila ayam dah siap, potong dan renjiskan lebih banyak kuah. Hidangkan dengan hirisan timun.
Komen 0