Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
Skip to Main Content
MAGGI® Malaysia
MAGGI® Malaysia
  • Resipi
  • Aktiviti
  • MAGGI®
  • Produk
  • MyMenu Plan
  • Cari
  • Log masuk
  • Tentang Kami
  • Dari Dapur Kami
  • Memupuk Generasi Muda
  • Idea Masakan 7 Hari MAGGI®
  • Masak-masak bersama Selebriti MAGGI®
  • Tips Dapur
Ayam Kam Heong

30 of 100
Seimbangkan hidangan anda
X
MyMenu IQ™
30 of 100
Tingkatkan keseimbangan hidangan anda
Hidangan anda tidak seimbang

Seimbangkan hidangan anda

Pembuka selera
Tambah
Hidangan sampingan
Tambah
Pencuci mulut
Tambah
Lihat Kombinasi Resipi
Nikmati hidangan anda!
Back

Ingin tahu lebih mengenai MyMenu IQ™?

Apakah maksud hidangan seimbang?

Hidangan seimbang terdiri daripada pelbagai kumpulan makanan dan nutrien penting.

MyMenu IQ™ memberikan skor nutrisi berdasarkan kandungan tenaga & nutrien dalam hidangan dan sumbangan dalam membantu mencapai saranan keperluan nutrisi harian dewasa 2000kcal/hari.

MyMenu IQ ™ membantu anda memilih menu seimbang pada skala dari 0 hingga 100, dengan fokus pada hidangan utama.

Apakah maksud skor MyMenu IQ™?
Tingkatkan keseimbangan hidangan anda (0 - 44)
Tingkatkan kesimbangan nutrisi menu ini untuk membantu anda mencapai saranan keperluan nutrien.
Sederhana (45 - 69)
Menu ini adalah seimbang dan membekalkan kepelbagaian dari segi kumpulan makanan dan nutrien penting.
Seimbang (70 - 100)
Menu ini adalah seimbang dan membekalkan kepelbagaian dari segi kumpulan makanan dan nutrien penting.
Skor MyMenu IQ™ merujuk kepada skor untuk resipi digital seperti terkandung di dalam laman web. Maklumat komposisi pemakanan untuk bahan-bahan adalah berdasarkan sumber dari pangkalan data komposisi makanan seperti USDA SR28, BLS32, Komposisi Makanan Malaysia, Komposisi Makanan Singapura dan juga label makanan.

Apakah maksud pecahan kandungan tenaga?

Protein
15.7g / 27%
Pecahan kandungan tenaga menunjukkan jumlah makronutrien (iaitu karbohidrat, protein dan lemak) yang terkandung dalam satu hidangan dan sumbangan relatifnya (dalam%) terhadap jumlah kandungan tenaga hidangan.
x
MyMenu IQ™

Ayam Kam Heong

+

Ayam Kam Heong

Kembali

Ayam Kam Heong

(6)
28Min
Sederhana
Menu berasaskan ayam memang hidangan yang paling popular dan digemari oleh setiap orang. Hampir semua masyarakat Malaysia sangat menyukai ayam dan menjadikannya hidangan harian. Ayam menjadi pilihan memandangkan ia merupakan sumber protein terbaik. Ayam juga mengandungi vitamin dan mineral yang baik untuk tubuh. Sama ada dimasak gulai, kari, kurma, rendang, sup atau digoreng semuanya menjadi pilihan ramai. Menu berasaskan ayam amat popular semasa musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina dan Hari Deepavali. Jika ada majlis keramaian seperti kenduri perkahwinan, menu berasaskan ayam juga menjadi hidangan wajib yang akan disajikan untuk tetamu. Biasanya menu seperti ayam masak merah atau ayam goreng menjadi hidangan. Ayam goreng paling mudah disediakan dan kali ini MAGGI® membawakan resipi ayam goreng yang agak istimewa iaitu resipi Ayam Kam Heong. Melihat pada namanya kita tahu bahawa resipi ini adalah masakan masyarakat Cina dan banyak disediakan di restoran Cina Muslim. Resipi Ayam Kam Heong ini seakan-akan masakan ayam masak kicap. Dengan sosnya yang hitam serta rasa kepedasan yang membuat anda lebih berselera menikmatinya. Resipi Ayam Kam Heong memang lazat walaupun cara memasaknya agak mudah dan pantas. Langkah mudah untuk menyediakan Resipi Ayam Kam Heong, pertama goreng ayam yang telah diperap dengan tepung beras, serbuk kunyit dan tentunya MAGGI® CukupRasa™ untuk melazatkannya. Kemudian sediakan bancuhan sos dengan bahan-bahan seperti air, serbuk kari, kicap manis, kicap cair, gula dan MAGGI® CukupRasa™ yang diperbuat daripada bawang segar dan rempah-ratus. Tak perlu tambah garam lagi - hanya tabur dan masakan jadi bertambah lazat! Kemudian sediakan bahan-bahan tumisan seperti bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk halus. Semasa menggoreng ayam pastikan ianya tidak terlalu garing dan tuskan minyaknya terlebih dahulu. Jika anda ingin lebih pedas, lebihkan sedikit serbuk kari semasa menyediakan adunan sos. Jadi apa lagi, jom cuba Resipi Ayam Kam Heong dan hidangkan dengan nasi putih. Ia gerenti dapat memuaskan selera anda dan keluarga!

Bahan-bahan

6

Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 6 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan:

ingredient_quantity
recipe ingredient
0.5 
Ayam
0.5  sudu besar
MAGGI® CukupRasa™
2  sudu besar
Tepung Beras
1  sudu kecil
Serbuk Kunyit
0.5  cawan
Minyak Masak
1.5  sudu besar
Serbuk Kari
1  sudu kecil
MAGGI® CukupRasa™
2  sudu besar
Kicap Manis
1  sudu kecil
Kicap Cair
0.5  sudu kecil
Gula
3  sudu besar
Minyak Masak
3 
Bawang Merah
4  ulas
Bawang Putih
0.5  sudu besar
Udang Kering
2  batang
Serai
2  tangkai
Daun Kari
4  tangkai
Cili Padi
0.75  cawan
Air
Salinan

Tip dan petua

5 petua & tip terbaik kami untuk saiz bahagian yang disesuaikan.

Eksport bahan

Pilih dari senarai bahan bahan

Salinan
.

Nilai pemakanan

Tenaga
231.59 kcal
Protein
15.7 g
Karbohidrat
8.52 g
Lemak
15.36 g
Maklumat setiap hidangan

Langkah Penyediaan

28 Minit
  • Langkah 1

    3 Min
    Gaulkan ayam bersama MAGGI CukupRasa, tepung beras dan serbuk kunyit.
  • Langkah 2

    10 Min
    Panaskan minyak masak, goreng sehingga garing. Ketepikan.
  • Langkah 3

    1 Min
    Didalam mungkuk, gaul sebati serbuk kari, MAGGI CukupRasa, kicap manis, kicap cair dan gula. Ketepikan.
  • Langkah 4

    3 Min
    Menggunakan 3 sudu besar lebihan minyak menggoreng ayam, tumiskan bawang merah, bawang putih dan udang kering yang ditumbuk. Tumis sehingga wangi.
  • Langkah 5

    2 Min
    Masukkan serai, daun kari dan cili padi. Tumis sehingga garing.
  • Langkah 6

    2 Min
    Masukkan campuran sos. tumis sebentar.
  • Langkah 7

    7 Min
    Masukkan air, gaul sebati. Renehkan sehingga pekat. Masukkan ayam goreng. Gaul sebati dan sedia untuk dihidang.
Ayam Kam Heong

Langkah 1 daripada 7

Gaulkan ayam bersama MAGGI CukupRasa, tepung beras dan serbuk kunyit.

Ayam Kam Heong

Langkah 2 daripada 7

Panaskan minyak masak, goreng sehingga garing. Ketepikan.

Ayam Kam Heong

Langkah 3 daripada 7

Didalam mungkuk, gaul sebati serbuk kari, MAGGI CukupRasa, kicap manis, kicap cair dan gula. Ketepikan.

Ayam Kam Heong

Langkah 4 daripada 7

Menggunakan 3 sudu besar lebihan minyak menggoreng ayam, tumiskan bawang merah, bawang putih dan udang kering yang ditumbuk. Tumis sehingga wangi.

Ayam Kam Heong

Langkah 5 daripada 7

Masukkan serai, daun kari dan cili padi. Tumis sehingga garing.

Ayam Kam Heong

Langkah 6 daripada 7

Masukkan campuran sos. tumis sebentar.

Ayam Kam Heong

Langkah 7 daripada 7

Masukkan air, gaul sebati. Renehkan sehingga pekat. Masukkan ayam goreng. Gaul sebati dan sedia untuk dihidang.

Resipi dalam PDF

Share with friends

  • Facebook
  • Twitter
  • Pinterest
  • Whatsapp

Aktifkan video

Anda telah mengklik pautan pihak ketiga dan akan meninggalkan laman web maggi.ng. Perhatikan bahawa kami tidak mempunyai kawalan terhadap platform pihak ketiga tersebut dan tidak menyokong atau menerima tanggungjawab untuk mereka, termasuk kandungan, ketepatan atau fungsinya. Oleh itu, interaksi anda dengan platform terpaut ini adalah risiko anda sendiri. Kami tidak menerima tanggungjawab atau tanggungjawab untuk platform pihak ketiga tersebut dan terma dan syarat mereka. Baca lebih lanjut dalam Syarat Penggunaan kami di sini

Thank you for your rating!

Kami menantikan ulasan anda!

Anda sudah menilai resipi / produk ini

Klik pada bilangan bintang yang ingin anda berikan: semakin tinggi bilangannya, semakin baik penilaiannya.

Hantar

Komen 0

Please enter proper keywords 0/4000
Sila masukkan nama pengguna yang sah. Pastikan mengandungi 3-15 aksara. Aksara A hingga Z dan 0 hingga 9 dibenarkan.
Nama pengguna
Batal
Muat turun
Komen

Ketahui lebih lanjut

  • Asia
  • Authencity
  • Bebas Babi
  • Chicken
  • Egg-Free
  • Hari minggu
  • Hidangan utama
  • Hujung minggu
  • Makan malam
  • Makan tengah hari
  • Memberi semangat
  • Nuts / Peanuts-Free
  • Peti makan tengah hari dewasa
  • Peti makan tengah hari kanak-kanak
  • Pinggan bakar
  • Sambutan
  • Treenut-Free

Untuk resipi yang lebih menarik

  • Sambal Sotong

    Sambal Sotong

    12 Min Mudah
  • Telur Masak Kurma

    Telur Masak Kurma

    35 Min Mudah
  • MAGGI® Tomyam Kawbonara

    MAGGI® Tomyam Kawbonara

    17 Min Mudah
  • Kerabu Suhun

    Kerabu Suhun

    21 Min Sederhana

  • Facebook
  • Youtube
  • Instagram
  • Hubungi kami
  • Dasar Privasi
  • Terma dan syarat
  • MS
  • EN