Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
Skip to Main Content
MAGGI® Malaysia
MAGGI® Malaysia
  • Resipi Resipi
  • Aktiviti Aktiviti
  • MAGGI® MAGGI®
  • Produk Produk
  • MyMenu Plan MyMenu Plan
  • Lagi Lagi
  • MAGGI®
  • Dari Dapur Kami
  • Memupuk Generasi Muda
  • Idea Masakan 7 Hari MAGGI®
  • Tips Dapur
  • Lagi
  • Cari
  • Log masuk
MAGGI® Malaysia
  • Resipi
  • Aktiviti
  • MAGGI®
    • MAGGI®
    • About Us
  • Produk
  • MyMenu Plan
  • Lagi
    • Lagi
    • Log masuk
Acar Jelatah

Acar Jelatah

(0)

Something went wrong!!!

Mudah

•

36 Min

Share recipe

  • Facebook
  • Facebook messenger
  • Linkedin
  • Twitter
  • Pinterest
  • E-mel
  • Facebook
  • Twitter
  • Pinterest
  • Whatsapp

Kalau kita menikmati hidangan nasi minyak atau nasi briyani, mesti kena ada acar jelatah kan? Acar jelatah yang selalu menjadi hidangan sampingan ini merupakan hidangan tradisional yang sering ditemui di Malaysia. Acar yang terdiri daripada sayur-sayuran seperti timun, nenas dan lobak merah yang dicampurkan dengan bahan-bahan lain seperti cili merah, bawang merah, gula, cuka dan jus limau nipis. Hidangan ini sangat segar dan lazat untuk dimakan bersama hidangan-hidangan utama. Ia juga sebenarnya sangat mudah dan cepat untuk disediakan dan juga boleh disimpan dalam peti sejuk untuk dimakan kemudian. Mari kita lihat cara-cara untuk menyediakan acar jelatah ini. Sediakan bahan-bahan seperti timun, nenas, lobak merah, bawang merah, cili merah, gula MAGGI® CukupRasa™, cuka dan jus limau nipis. Semua bahan-bahan ini mudah didapati di pasar raya atau kedai runcit terdekat. Pertama sekali, potongkan timun, nenas, lobak merah dengan nipis dan hiriskan 2 biji bawang merah dan 1 tangkai cili merah. Masukkan bahan-bahan ini ke dalam mangkuk dan gaulkan. Masukkan pula 1 sudu besar MAGGI® CukupRasa™ ke dalam mangkuk. Jangan lupa untuk tambahkan 1 ½ sudu besar gula bersama 1 ½ sudu besar cuka dan jus limau nipis ke dalam acar jelatah ini. Jus limau nipis memang memberi kesegaran pada acar jeletah yang ingin disediakan. Kemudian gaulkan rata bahan-bahan di dalam mangkuk ini dan perapkan acar di dalam peti sejuk selama 30 minit atau sehingga sejuk supaya acar ini lebih sedap dan segar bila dimakan. Boleh juga sediakan acar ini pagi-pagi dan makan pada waktu tengah hari atau malam. Setelah itu, siap sudah acar jelatah kita! Senang bukan? Acar jelatah ini juga boleh disimpan di dalam peti sejuk selama beberapa hari dan boleh dinikmati bersama resepi-resepi yang lain seperti Nasi Dagang dengan Kari Ikan Tongkol. Jadi tunggu apa lagi? Jom cuba resepi ini sekarang. Selamat mencuba!

Read more

Read Less

Bahan-bahan

6

Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 6 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan:

ingredient_quantity
recipe ingredient
Timun
1 
Nenas
0.5 
Lobak Merah
1 
182825
Bawang Merah
2 
180603
Cili Merah
1  tangkai
182825
Gula
1.5  sudu besar
182825
MAGGI® CukupRasa™
1  sudu besar
182825
Cuka
1.5  sudu besar
Jus Limau
1.5  sudu besar
doodle image

Utensils and appliances

Tip dan petua

5 petua & tip terbaik kami untuk saiz bahagian yang disesuaikan.

X

Nutritional Information

Nutritional Information Thumbnail

Nutrition Table Footer

Karbohidrat
16.27 g
Tenaga
66.17 kcal
Lemak
0.18 g
Protein
1.16 g
Nutrition Table Footer

Recipe steps

36 min

5 min

30 min

1 min

Acar Jelatah

Pause

Play

Restart Timer

Recipe steps

36 min

Mulakan Pemasa
Satukan semua bahan didalam mangkuk. Gaul rata.
Acar Jelatah

Pause

Play

Restart Timer

Recipe steps

36 min

Mulakan Pemasa
Perapkan acar jelatah didalam peti ais selama 30 minit.
Acar Jelatah

Pause

Play

Restart Timer

Recipe steps

36 min

Mulakan Pemasa
Sedia untuk dihidang.
  • Facebook
  • Youtube
  • Instagram
  • Hubungi kami
  • Dasar Privasi
  • Terma dan syarat
  • Kami Nestlé
  • MS
  • EN