Sup Tom Yam 20 Minit
33Min
Mudah
.
Nilai pemakanan
Tenaga
94.37 kcal
Karbohidrat
9.13 g
Protein
10.93 g
Lemak
1.66 g
Maklumat setiap hidangan
Langkah Penyediaan
33 Minit
Langkah 1
8 Min
Sediakan periuk, kemudian masukkan air bersama KIUB TOM YAM MAGGI®, udang, sotong, daun limau purut dan juga serai.
Langkah 2
10 Min
Biarkan ia mendidih selama 10 minit.
Langkah 3
2 Min
Kemudian perlahankan api, masukkan bersama cili padi, bawang merah, batang saderi, lobak merah dan kobis bunga.
Langkah 4
2 Min
Akhir sekali masukkan tomato kerana ia mudah masak.
Langkah 5
10 Min
Reneh selama 10 minit dan hidangkan sementara ia masih panas!
Langkah 6
1 Min
Terbaik hidangkan bersama nasi panas.
Komen 0