Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
55 of 100
Seimbangkan hidangan anda
MyMenu IQ™
55 of 100
Sederhana
Hidangan anda seimbang
Back
Apakah maksud hidangan seimbang?

Hidangan seimbang terdiri daripada pelbagai kumpulan makanan dan nutrien penting.

MyMenu IQ™ memberikan skor nutrisi berdasarkan kandungan tenaga & nutrien dalam hidangan dan sumbangan dalam membantu mencapai saranan keperluan nutrisi harian dewasa 2000kcal/hari.

MyMenu IQ ™ membantu anda memilih menu seimbang pada skala dari 0 hingga 100, dengan fokus pada hidangan utama.

Apakah maksud skor MyMenu IQ™?
Tingkatkan keseimbangan hidangan anda (0 - 44)
Tingkatkan kesimbangan nutrisi menu ini untuk membantu anda mencapai saranan keperluan nutrien.
Sederhana (45 - 69)
Menu ini adalah seimbang dan membekalkan kepelbagaian dari segi kumpulan makanan dan nutrien penting.
Seimbang (70 - 100)
Menu ini adalah seimbang dan membekalkan kepelbagaian dari segi kumpulan makanan dan nutrien penting.
Skor MyMenu IQ™ merujuk kepada skor untuk resipi digital seperti terkandung di dalam laman web. Maklumat komposisi pemakanan untuk bahan-bahan adalah berdasarkan sumber dari pangkalan data komposisi makanan seperti USDA SR28, BLS32, Komposisi Makanan Malaysia, Komposisi Makanan Singapura dan juga label makanan.
Protein
22.9g / 37%
Pecahan kandungan tenaga menunjukkan jumlah makronutrien (iaitu karbohidrat, protein dan lemak) yang terkandung dalam satu hidangan dan sumbangan relatifnya (dalam%) terhadap jumlah kandungan tenaga hidangan.

Resipi Rendang Daging Tradisi Bonda

0
92Min
Sederhana
Ramai menganggap rendang sebagai juadah nombor satu pilihan rakyat Malaysia, terutamanya apabila menjelang musim perayaan. Bila cerita sahaja pasal rendang, suasana riuh meriah kampung halaman pasti akan terngiang-ngiang di fikiran kita semua. Memasak rendang boleh menjadi satu acara kekeluargaan yang menyeronokkan. Ibu-ibu akan berkumpul di dapur memotong dan menyediakan bahan-bahan masakan sambil sakan berborak semasa menyiapkan juadah besar-besaran untuk sambutan perayaan pada keesokan hari. Untuk satu juadah yang sungguh istimewa, ramai pasti menganggap ia agak sukar untuk disediakan. Bukan dengan resipi rendang daging ini! Dengan langkah-langkah yang jelas dan mudah, anda tak perlu lagi tunggu musim perayaan untuk menghidangkan sepinggan lauk ini yang sungguh enak sekali di rumah. Sebenarnya, penyediaan rendang daging ini tidak serumit yang disangka. Juadah ini juga hanya memerlukan beberapa bahan asas yang sering gunakan dalam kebanyakan masakan harian sebagai rempah ratusnya. Ramuan-ramuan seperti serai, bawang putih, bawang merah, lengkuas, dan kunyit hidup dikisar dengan air sehingga menjadi pes halus. Pes ini kemudiannya ditumis dengan minyak bersama daging sehingga jusnya melimpah keluar bersama ramuan yang ditumis. Dengan tambahan MAGGI® CukupRasa™, rendang daging anda akan mendapat sentuhan keenakan yang sempurna. Dengan cara semudah ini, anda terus dapat menjamu selera dengan sepinggan rendang daging yang lazat dimakan dengan nasi impit atau mana-mana cara kesukaan anda.

Bahan-bahan

-
10
+

Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 10 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan: Di sini

1  kg
Daging
1 
Bawang Merah
3  ulas
Bawang Putih
1  inci
Lengkuas
1  inci
Kunyit Hidup
3  batang
Serai
20 
Cili Padi
3  tangkai
Cili Hijau
200  ml
Air
3  batang
Serai
3  keping
Daun Kunyit
4  keping
Daun Limau Purut
100  g
Kerisik
1.5  sudu besar
MAGGI® CukupRasa™
2  keping
Asam Keping
50  g
Gula Melaka
100  ml
Santan

Tip dan petua

5 petua & tip terbaik kami untuk saiz bahagian yang disesuaikan.

Eksport bahan

Pilih dari senarai bahan bahan

Salinan
Bahan kini terdapat di papan keratan anda
.

Nilai pemakanan

Tenaga
252.39 kcal
Protein
22.89 g
Karbohidrat
7.4 g
Lemak
13.99 g
Maklumat setiap hidangan
Jom Masak

Langkah Penyediaan

92 Minit
Langkah 1
5 Min
Kisarkan bawang merah, bawang putih, lengkuas, kunyit hidup, serai, cili padi hijiau, cili hijau bersama air.
Langkah 2
5 Min
Panaskan periuk, masukkan daging kedalam periuk dan bahan-bahan yang telah dikisar.
Langkah 3
30 Min
Masak daging dengan api yang perlahan sehingga danging bertukar warna and mengeluarkan jus.
Langkah 4
20 Min
Tuangkan santan, gula melaka, asam keping dan renehkan semua sekali, gaulkan sehingga sebati.
Langkah 5
30 Min
Bila sudah agak sebati, masukkan bahan hiris serai, sedikit daun kunyit dan daun limau purut. Biar ia masak sehingga agak kering, masukkan kerisik dan MAGGI CukupRasa.
Langkah 6
2 Min
Sebaik dah siap, boleh hiaskan dengan hirisan daun kunyit yang selebihnya.
Resipi Rendang Daging Tradisi Bonda

Langkah 1 daripada 6

Kisarkan bawang merah, bawang putih, lengkuas, kunyit hidup, serai, cili padi hijiau, cili hijau bersama air.

Resipi Rendang Daging Tradisi Bonda

Langkah 2 daripada 6

Panaskan periuk, masukkan daging kedalam periuk dan bahan-bahan yang telah dikisar.

Resipi Rendang Daging Tradisi Bonda

Langkah 3 daripada 6

Masak daging dengan api yang perlahan sehingga danging bertukar warna and mengeluarkan jus.

Resipi Rendang Daging Tradisi Bonda

Langkah 4 daripada 6

Tuangkan santan, gula melaka, asam keping dan renehkan semua sekali, gaulkan sehingga sebati.

Resipi Rendang Daging Tradisi Bonda

Langkah 5 daripada 6

Bila sudah agak sebati, masukkan bahan hiris serai, sedikit daun kunyit dan daun limau purut. Biar ia masak sehingga agak kering, masukkan kerisik dan MAGGI CukupRasa.

Resipi Rendang Daging Tradisi Bonda

Langkah 6 daripada 6

Sebaik dah siap, boleh hiaskan dengan hirisan daun kunyit yang selebihnya.

Resipi dalam PDF
Muat turun
Share with friends

Aktifkan video

Anda telah mengklik pautan pihak ketiga dan akan meninggalkan laman web maggi.ng. Perhatikan bahawa kami tidak mempunyai kawalan terhadap platform pihak ketiga tersebut dan tidak menyokong atau menerima tanggungjawab untuk mereka, termasuk kandungan, ketepatan atau fungsinya. Oleh itu, interaksi anda dengan platform terpaut ini adalah risiko anda sendiri. Kami tidak menerima tanggungjawab atau tanggungjawab untuk platform pihak ketiga tersebut dan terma dan syarat mereka. Baca lebih lanjut dalam Syarat Penggunaan kami di sini

Thank you for your rating!
Kami menantikan ulasan anda!

Anda sudah menilai resipi / produk ini

Klik pada bilangan bintang yang ingin anda berikan: semakin tinggi bilangannya, semakin baik penilaiannya.

Hantar
Asset 10

Komen 0

0/4000
Sila masukkan nama pengguna yang sah. Pastikan mengandungi 3-15 aksara. Aksara A hingga Z dan 0 hingga 9 dibenarkan.
Nama pengguna